Iklan

44 mangsa banjir Sibu terpaksa bermalam di PPS lagi 

Desmond Davidson3 years ago13th Jan 2022Berita
Kpg jeriah, sibu - flood - jan 13, 2022
Anggota Jabatan Pertahanan Awam hari ini mengukur kedalaman air di Kampung Jeriah di Sibu, Sarawak. – Gambar The Malaysian Insight, 13 Januari, 2022.
Iklan

LIMA sekeluarga dari Kampung Jeriah di Sibu, Sarawak, yang terjejas akibat banjir petang semalam terpaksa bermalam lagi di pusat pemindahan sementara (PPS) kampung berikutan banjir yang masih belum reda.

Kelima-lima rumah keluarga itu terletak di kawasan paling rendah di kampung tersebut.
 
Dalam pada itu dua daripada 44 mangsa dimasukkan ke hospital, menurut Jabatan Pertahanan Awam (JPA) satu kenyataan hari ini.
 
JPA bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut kenapa dua warga emas itu dimasukkan ke hospital.
 
Penduduk kampung ini merupakan yang paling awal keluar dari kawasan terjejas.

Pihak berkuasa sedang bertungkus lumus di kawasan itu selepas menerima banyak laporan mengenai kejadian banjir berikutan hujan berterusan selama tiga hari berturut-turut.

Dengan beberapa kawasan dan jalan utama dilaporkan berada dalam air sedalam buku lali, Jabatan Bomba dan Penyelamat bagaimanapun melaporkan keadaan masih terkawal dan jalan raya boleh dilalui semua lalu lintas.
 
Jabatan itu telah mengerahkan pegawainya menilai keadaan di bandar pesisir pantai Lundu dan Sematan, jalan utama yang menghubungkan kedua-dua pekan itu dan berpuluh-puluh kampung di kawasan rawan banjir di kedua-dua daerah itu. – 13 Januari, 2022.

Iklan
Iklan