Masalah MySejahtera ganggu temu janji dos penggalak
Iklan
MASALAH teknikal aplikasi MySejahtera yang dilaporkan sejak semalam, menyebabkan sebilangan rakyat Malaysia tidak dapat mengekalkan janji temu suntikan dos penggalak vaksinasi Covid-19 kerana tidak dapat memaparkan sejarah vaksinasi.
Mesej yang diterima oleh beberapa pengguna Twitter daripada pentadbir aplikasi mengenai masalah itu ialah: “MySejahtera kini sedang menjalani penyelenggaraan berjadual. Sila cuba sebentar lagi.”
Pihak pentadbir MySejahtera turut menyatakan rasa kesal atas kesulitan yang berlaku.
Beberapa pengguna Twitter bagaimanapun, menyatakan alasan mereka diberikan semalam ialah: “Ooops… kami mohon maaf. Terdapat masalah untuk memuatkan halaman anda yang mungkin disebabkan oleh sambungan rangkaian yang tidak stabil atau kadar trafik yang tinggi pada sistem.
“Sila cuba lagi dalam beberapa jam. Terima kasih atas kesabaran anda.”
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Alyssa J. @cookiemonstaly, dalam satu posting petang ini, bertanya: “Berapa lama MySejahtera akan diselenggara. Sekarang sudah lebih 12 jam.”
Seorang lagi pengguna Twitter, wallflower@linlinkins membidas aplikasi itu dengan menyatakan “alangkah teruknya aplikasi ini”.
Katanya “tidak boleh log masuk, tidak boleh tetapkan semula kata laluan saya!”.
Mereka yang akan mendapatkan suntikan dos penggalak mereka hari ini turut berdepan dilema. – 21 Januari, 2022.
Berita penuh di sini.