Iklan

DAP Sarawak tuntut penjelasan isu tanah di Muara Tebas

Desmond Davidson3 years ago26th Jan 2022Berita
Chong chieng jen desmond
Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mempersoalkan mengapa kerajaan negeri Sarawak berahsia mengenai pengambilalihan tanah di Muara Tebas.– Gambar The Malaysian Insight, 26 Januari, 2022.
Iklan

DAP hari ini mendesak kerajaan negeri Sarawak beri penjelasan tentang pemerolehan tanah seluas 162 hektar di Muara Tebas di Kuching.

Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mempersoalkan mengapa kerajaan negeri pimpinan Abang Johari Openg berahsia mengenai tanah tersebut.

“Kerajaan negeri mesti beritahu apa tujuannya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak di Kuching hari ini.

Chong berkata perkara itu dibangkitkan selepas salah seorang pemilik tanah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, pemilik itu mendakwa langsung tidak mendapat sebarang penjelasan atau pampasan dari kerajaan negeri berhubung pengambilalihan tanahnya seluas 2 hektar.

“Tuan tanah tidak menyedarinya sehinggalah beliau ke Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak bagi mendapatkan butiran mengenai tanahnya untuk dijual,” kata Chong, menambah pegambilalihan melibatkan 66 pemilik.

“Tiada notis diberi kepada mereka atau pemilik bersama.” – 26 Januari, 2022.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan