Saksi 1MDB nafi terima rasuah dari Goldman Sachs, Tim Leissner
Iklan
BEKAS Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Azmi Tahir menafikan menerima rasuah daripada bekas Pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara Tim Leissner atas peranannya membantu firma pelaburan negara ini memperoleh bon AS$1.75 bilion, Mahkamah Tinggi Kuala Kumpur diberitahu hari ini.
Azmi berkata demikian semasa perbicaraan rasuah bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB ketika disoal peguam bela Tania Scvetti yang mencadangkan sejumlah AS$4 juta digunakan sebagai rasuah kepada pegawai 1MDB termasuk Azmi.
Peguam Najib berkata pegawai lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu Shahrol Halmi kemudian pegawai operasi Mohd Hazem Abdul Rahman dan Liessner.
Wang tunai AS$4 juta dibayar kepada Goldman Sachs untuk peranannya sebagai penasihat kewangan 1MDB selain AS$130 juta lagi untuk mengatur bon.
“Sebab mengapa Sharol bersetuju untuk menggunakan wang tunai sebagai kaedah pembayaran (kepada Goldman Sachs untuk nasihat kewangannya) adalah untuk mengelakkan jejak digital dibuat antara anda, Shahrol, Hazem dan pegawai 1MDB lain, Goldman dan Liesner,” kata Scivetti kepada Azmi.
Azmi tidak bersetuju dengan peguam itu. Katanya beliau juga tidak pernah mempersoalkan mengapa kadar faedah itu begitu tinggi kerana ia sudah diputuskan oleh Shahrol.
“Saya sendiri tidak bersetuju tetapi saya tidak tahu tentang yang lain,” kata Azmi.
Azmi juga berkata beliau tahu Leissner didakwa oleh Jabatan Kehakiman AS kerana merasuah rakyat Malaysia dan pegawai Abu Dhabi untuk mendapatkan tawaran lumaran untuk Goldman.
Liessner mengaku bersalah atas peranannya dalam skandal itu pada 2018.
Goldman membantu 1MDB Enegery (Langat) Ltd mengumpulkan AS$1.75 bilion dalam bentu bon dengan kadar faedah 5.75% dalam tempoh 10 tahun. Selain bon itu 1MDB turut mengambil pinjaman RM700 jut daripada Affin Investment Bank dan AmIslamic. – 27 Januari, 2022.
Berita penuh di sini.