Iklan

Tarif baru elektrik diumum sebelum Februari, kata Takiyuddin

Diyana Ibrahim3 years ago27th Jan 2022Berita
Takiyuddin hassan
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan berkata tarif baru bekalan elektrik untuk tahun ini sehingga 2024 bakal diumumkan sebelum Februari. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Januari, 2022.
Iklan

TARIF baru bekalan elektrik untuk tahun ini sehingga 2024 bakal diumumkan sebelum Februari, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata keputusan berhubung tarif elektrik baharu itu sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat kabinet semalam.

“Kita telah berbincang dengan kabinet sebanyak enam kali berturut-turut. Alhamdullilah semalam kita telah muktamadkan.

“Jadi saya rasa tak lama lagi kita akan umumkan. Kita akan laksanakan IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif pada 1 Februari bagi tempoh tahun ketiga.

“Jadi anda boleh tekalah bila kita laksanakan, mungkin sebelum dari pengumuman IBR,” katanya kepada pemberita di Dungun, Terengganu.

Mengulas lanjut Takiyuddin memberi jaminan tarif baharu yang akan diumumkan kerajaan tidak akan membebankan lapan juta penggunannya.

Cadangan mengenai semakan semula kadar tarif elektrik baharu dimaklumkan Takiyuddin pada awal Januari lepas,

Beliau berkata, cadangan  pelaksanaan tarif baharu elektrik mengambil kira keadaan negara ini yang baru pulih daripada Covid-19 dan krisis ekonomi.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, kadar tarif elektrik untuk pengguna industri dan komersial juga mungkin akan ada pengubahsuaian. – 27 Januari, 2022.

Iklan
Iklan