5,720 jangkitan baharu Covid-19

Iklan
MALAYSIA merekodkan 5,720 jangkitan Covid-19 baharu setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kes baharu hari ini adalah jumlah jangkitan kedua tertinggi bagi tahun ini.
Semalam, negara melaporkan jangkitan tertinggi iaitu 5,736 kes baharu.
Negara melaporkan lebih daripada 5,000 kes selama tiga hari berturut-turut.
Kadar jangkitan semasa (R-naught) adalah pada 1.15 menandakan virus itu semakin merebak.
Kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif berjumlah 2,887,780.
Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di portal CovidNow kementerian selepas tengah malam.
Sementara itu, seramai 22,925,835 individu atau 97.9% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 mereka, manakala 99.1% atau 23,202,575 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, seramai 2,788,874 individu atau 88.6% daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,867,944 individu atau 91.1% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Negara juga telah mula memberi vaksin kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun hari ini di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids). – 3 Februari, 2022.