Khairuddin bukan lagi setiausaha Majlis Syura, kata Hadi
Iklan
PEMECATAN Khairuddin Aman Razali dari Jawatankuasa PAS Pusat menyebabkan jawatannya dalam Majlis Syura Ulama juga terlucut, kata presidennya Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata keputusan pemecatan Khairuddin itu dibuat dalam mesyuarat PAS Pusat pada Rabu.
“Oleh kerana pelantikan beliau dalam majlis syura oleh Jawatankuasa PAS Pusat, jadi PAS Pusat membatalkan pelantikan itu
“Maka beliau tidak jadi ahli Majlis Syura lagi, bermakna beliau kini ahli biasa,” kata Hadi kepada pemberita di Marang hari ini.
Hadi berkata Khairuddin dipecat kerana melanggar peraturan parti, namun tidak memperincikan kesalahan ahli Parlimen Kuala Nerus itu.
Pada Januari jawatan PAS menarik balik pelantikan Khairuddin dalam jawatankuasa pusat.
Pemecatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan satu perbincangan tertutup bersama pemimpin parti yang diketahui cenderung kepada kerjasama dengan Umno
Perbincangan tertutup tersebut difahamkan berkait usaha memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan menafikan pemecatan Khairuddin berkait dengan isu pengukuhan MN. – 11 Februari, 2022.
MENYUSUL