Sarawak akan tukar gelaran ketua menteri kepada 'premier', kata menteri
Iklan
KETUA eksekutif kerajaan Sarawak tidak lagi dipanggil “ketua menteri” tetapi “premier” jika rang undang-undang untuk menukar gelaran itu diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memulakan sidang khas tiga hari bermula hari ini.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu pemberita Khamis lalu bahawa rang undang-undang yang akan dibentangkannya untuk meminda Perkara 6 (3) Perlembagaan Sarawak - adalah “menarik” dan “akan mengejutkan orang ramai”.
Karim yang membentangkan rang undang-undang itu esok (Selasa) tidak mendedahkan butiran lanjut.
The Malaysian Insight melihat butiran dalam warta kerajaan Sarawak bertarikh 7 Februari.
Bacaan kedua dan ketiga akan diadakan pada hari sama.
Pindaan kepada Perlembagaan negeri juga akan meminda jawatan “pembantu menteri” untuk menteri muda kepada “timbalan menteri”.
Karim selepas menghadiri taklimat mengenai cadangan pelan hala tuju strategik lima tahun untuk kementeriannya yang lain, kementerian belia, sukan dan pembangunan usahawan pada Khamis berkata rasional di sebalik pelantikan semula jawatan itu adalah disebabkan insiden dibuat oleh seorang pembantu menteri yang tidak mendapat layanan sewajarnya semasa dalam misi rasmi di luar negara.
Karim tidak akan menyatakan bila atau di mana tetapi berkata pembantu menteri itu tidak diberikan layanan menteri yang sepatutnya kerana “tuan rumah menganggap beliau pembantu menteri”.
Rang undang-undang itu juga bertujuan untuk meminda Perkara 44 (b) mengenai tafsiran “Persekutuan” Malaysia.
Perkataan baharu itu akan sama dengan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang baru dipinda yang berkuat kuasa Jumaat lalu.
Lima rang undang-undang termasuk pindaan Perlembagaan akan dibentangkan dalam tempoh tiga hari yang persidangannya dibuat bagi memenuhi keperluan Perlembagaan supaya dewan bersidang pertama dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubarannya.
Persidangan itu sepatutnya dibubarkan secara automatik pada 6 Jun tahun lalu tetapi darurat negara dan darurat setempat menyebabkan pembubaran itu terpaksa digantung.
Ia akhirnya dibubarkan pada 3 November apabila Yang di-Pertuan Agong menarik semula darurat dan membuka jalan kepada pilihan raya negeri pada Disember,
Keperluan Perlembagaan selama 120 harini adalah menurut Perkara 21 (4) Perlembagaan Sarawak. – 14 Februari 2022.