Iklan

5 anak syarikat Sapura Energy terima notis penggulungan

Raevathi Supramaniam3 years ago15th Feb 2022Berita
Sapuraenergy 150222
Lima anak syarikat Sapura Energy menerima notis penggulungan kerana kegagalan membayar kontrak, perjanjian penyelesaian dan penghakiman berjumlah RM47.5 juta. – Gambar AFP, 15 Februari, 2022.
Iklan

LIMA anak syarikat milik penuh Sapura Energy diberi petisyen penggulungan berhubung kontrak, perjanjian penyelesaian dan penghakiman yang belum dibayar berjumlah RM47.5 juta.

Lima anak syarikat itu ialah Sapura Fabrication Sdn Bhd, Sapura Project Services Sdn Bhd, Sapura Subsea Services Sdn Bhd, Sapura Offshore Sdn Bhd dan Sapura Pinewell Sdn Bhd.

Petisyen penggulungan dihantar kepada Bursa Malaysia, Sapura berkata tiada anak syarikat ditakrifkan di bawah Bab 1 bagi Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

“Syarikat dan anak-anak syarikatnya sedang berunding dengan pempetisyen dan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang mengenai penyelesaian secara baik bagi perkara ini.

“Sementara menunggu hasil rundingan dan nasihat undang-undang, tidak akan ada kesan serta merta terhadap kewangan dan operasi material sert tiada jangkaan kerugian kepada kumpulan yang timbul daripada petisyen.

“Sebarang perkembangan material dalam perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Sapura dalam makluman kepada Bursa.

Sapura Fabrication diberi petisyen penggulungan oleh dua pihak, Dura International Sdn Bhd dan Public Crane Heavy Equipment Sdn Bhd.

Ia berhutang dengan Dura International sebanyak RM6.9 juta dalam penghakiman tidak dibayar dan berhutang dengan Public Crane Heavy Equipment Sdn Bhd berjumlah RM6.2 juta bagi perkhidmatan sewa kren.

Perkhidmatan projek Sapura diserahkan dengan petisyen penggulungan oleh DTEC Engineering and Construction Sdn Bhd mengenai jumlah tertunggak sebanyak RM15 juta bagi jumlah perjanjian penyelesaian yang belum dibayar.

Dua petisyen penggulungan dikemukakan terhadap Sapura Subsea oleh Fast Global Link Services sebanyak RM1.15 juta untuk jumlah yang perlu dibayar bagi penyediaan perkhidmatan logistik dan Mectra Synergy sebanyak RM110,483 untuk perkhidmatan marin.

Sapura Offshore menerima tiga petisyen penggulungan.

Ia berhutang dengan Perdana Nautika Sdn Bhd sebanyak RM6.7 juta untuk sewa kapal, Hycotech Sdn Bhd RM5.3 jut bagi perkhidmatan yang sama Equatorial Marine Fuel Management sebanyak AS$226,760 dan SGD 15,664 untuk bekalan minyak gas marin.

Sementara itu, Sapura Pinewell diberikan dua notis penggulungan oleh Perdana Nautika dan Hycotech.

Ia berhutang dengan Perdana Nautika sebanyak RM3.6 juta bagi sewaan kapal dan Hycotech RM820,932 untuk kos penginapan dan makanan katering.

Kenanga Research meramalkan kerugian bersih pada tahun kewangan 2022 Sapura sebanyak hampir RM2.5 bilion dan pada 2023 kerugian bersih sebanyak RM508 juta.

AmInvestment Bank menganggarkan kerugian RM3 bilion pada 2022, RM1.5 bilion pada 2023 dan RM620 juta pada 2024. – 15 Februari, 2022.

Iklan
Iklan