Iklan

2,011 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, lapor KKM

Raevathi Supramaniam3 years ago17th Feb 2022Berita
Bm-1702-covid-19  hospitalisations
Iklan

KEMASUKAN ke hospital akibat Covid-19 meningkat apabila sebanyak 2,011 kes dilaporkan semalam dengan 21 kematian dicatatkan akibat virus berkenaan, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Kadar penggunaan hospital berada 67.5% dengan sebahagian besarnya 60.9% terdiri daripada pesakit Covid-19.

Terdapat 204 pesakit dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 116 menggunakan alat ventilator.

Bilangan kemasukan ke hospital menunjukkan tahap keterukan virus. Penggunaan hospital termasuk penggunaan katil dan bilangan pesakit di ICU serta alat ventilator.

Lembah Klang menyumbang 456 daripada jumlah kemasukan Covid-19 dengan sebahagian besar 354 kes dari Selangor.

Terdapat 74 kemasukan di Kuala Lumpur dan 28 di Putrajaya.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Johor 387, Kedah (112), Kelantan (100), Melaka (50), Negeri Sembilan (102), Pahang (76), Perak (168), Perlis (27), Pulau Pinang (77), Sabah (330), Sarawak (84), Terengganu (34) dan Labuan (8).

Sementara itu daripada 27,831 kes yang dilaporkan semalam, yang tertinggi setakat ini bagi Malaysia, sebanyak 8.516 adalah dari Lembah Klang.

Menurut data GitHub KKM Selangor mencatatkan 6,647 jangkitan, Kuala Lumpur (1,726) dan Putrajaya (143).

Selepas Selangor, Sabah mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 5,082 diikuti oleh Kedah (2,961).

Johor melaporkan 2,606 kes, Kelantan (1,914), Melaka (596), Negeri Sembilan (1,460), Pahang (948), Perak (423), Perlis (114), Pulau Pinang (2,142), Sarawak (307), Terengganu (456) dan Labuan (297).

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif di negara ini kepada 202,884.

Daripada 21 kematian Covid-19, sembilan dilaporkan meninggal dunia di luar hospital.

Ini menjadikan jumlah kematian kepada 32,180.

Sabah melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan sembilan kes diikuti Johor dan Perak masing-masing empat kes.

Kedah melaporkan dua kematian manakala Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing melaporkan satu kematian.

Tiada kematian dilaporkan di negeri lain. – 14 Februari, 2022.

Iklan
Iklan