Iklan

DAP dedah calon baharu kerusi Senai

Raevathi Supramaniam3 years ago19th Feb 2022Berita
Wong bor yong 190222  full
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (tengah) mengumumkan Wong Bor Yong (kanan) akan bertanding di kerusi Senai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor atas tiket Pakatan Harapan. – Tangkapan skrin, 19 Februari, 2022.
Iklan

DAP memperkenalkan calon baharu bagi kerusi Senai menggantikan penyandangnya Tee Boon Tsong.

Pendatang baharu Wong Bor Yong akan bertanding di bawah Pakatan Harapan di kerusi Senai, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kami memutuskan untuk mengemukakan muka baharu yang selaras dengan aspirasi rakyat dan pengundi di Senai,” katanya pada sidang media.

Wong yang pertama kali bertanding berkata beliau bersyukur kerana diberi peluang.

“Saya bersyukur diberi kerusi oleh Pakatan Harapan dan DAP. 

“Meletakkan muka baharu di Senai menunjukkan DAP adalah parti yang berani mengambil peluang ke atas calon muda dan sanggup mendengar suara golongan muda,” katanya.

DAP memegang kerusi Senai sejak 2008 selepas menang menentang MCA Barisan Nasional.

Mereka mengekalkan rekod kemenangan pada 2013 dan 2018 juga menentang MCA.

Pada pilihan raya umum lepas Tee mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 18,902 selepas mengundi 28,274 undi. Calon BN Shen Poh Kuan memperoleh 9,372 undi.

Wong berkata walaupun DAP memenangi kerusi itu beberapa kali, parti itu tidak boleh leka.

“Walaupun kita menang untuk tiga pilihan raya berturut-turut, kita tidak boleh leka.

“Ada tiga cabaran yang akan kita hadapi. 

“Mereka adalah Undi-18, wabak Covid-19 mungkin menghalang pengundi dari keluar dan kemungkinan besar kita akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru di kebanyakan kawasan pilihan raya,” katanya. – 19 Februari, 2022.

Iklan
Iklan