Iklan

SOP pembukaan semula sempadan jangan susahkan pelancong, kata Muhyiddin

Raevathi Supramaniam3 years ago22nd Feb 2022Berita
50124519847 1e7f2feeb1 o
Pengerusi MPN Muhyiddin Yassin berkata beliau berharap SOP disediakan KKM tidak ketat dan memudahkan pelancong supaya ia dapat membantu pembukaan semula sempadan negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Februari, 2022.
Iklan

PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula sempadan perlu komprehensif dan tidak menyukarkan orang ramai, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin merujuk kepada program gelembung pelancongan antarabangsa Langkawi di mana ujian saringan Covid-19 yang perlu diambil setiap hari, menjadi tidak popular dalam kalangan pelancong.

“Saya harap SOP yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak ketat dan memudahkan supaya ia dapat membantu pembukaan semula itu.

“Kuarantin dan ujian saringan perlu diputuskan secara komprehensif. Semua aspek perlu diambil kira.

“Saya kalau diminta buat ujian hari-hari, saya pun tidak mahu pergi,” kata Muhyiddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini.

Program gelembung perjalanan antarabangsa Langkawi bermula pada 15 November tahun lalu dan setakat ini menjana RM700 juta kepada pulau itu, kata Muhyiddin.

SOP bagi pembukaan semula sempadan akan diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, katanya.

“KKM yang akan memuktamadkan SOP pembukaan semula sempadan sebelum ia diserahkan kepada kelulusan Kabinet. Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.” – 22 Februari, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan