Iklan

Hasni kekal menteri besar jika BN menang Johor, kata Zahid

Mohd Farhan Darwis3 years ago24th Feb 2022Berita
274493542 497358601955874 6639423221166256733 n
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Hasni Mohammad (berdiri) akan kekal sebagai menteri besar sekiranya gabungan itu menang pilihan raya Johor pada 12 Mac depan. – Gambar Facebook, 24 Februari, 2022.
Iklan

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Johor Hasni Mohammad kekal sebagai menteri besar sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi BN itu berkata, Hasni yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut akan dipromosi sebagai tokoh utama dalam poster kempen gabungan tersebut.

“Poster boy kita akan terus dilantik sebagai menteri besar, Hasni Mohammad,” kata Zahid ketika berucap dalam majlis pengumuman calon BN di Johor Bahru, hari ini.

Umno bertanding di 37 kawasan DUN dengan 10 penyandang kekal di kerusi masing-masing melibatkan lapan calon Umno dan dua lagi kerusi calon MIC.

Kerusi tersebut adalah Benut, Buloh Kasap, Sri Medan, Semarang, Pasir Raja, Parit Raja, Panti dan Tanjung Surat bagi Umno serta Kahang dan Tenggaroh bagi MIC.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi turut dicalonkan di kawasan Rengit selepas tewas di kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bekas Adun Bukit Serampang Ismail Mohamed pula bertanding di Bukit Kepong manakala bekas Adun Layang-Layang Abd Mutalip Abd Rahim akan kembali bertanding di kawasan tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari depan sebagai hari penamaan calon manakala 12 Mac ditetapkan sebagai hari pengundi untuk PRN Johor.

Berikut adalah senarai calon dan kerusi yang akan ditandingi BN seperti diumumkan Zahid petang ini.

1) Buloh Kasap: Zahari Sarip
2) Pemanis: Anuar Bin Abd Manap
3) Tenang: Haslinda Salleh
4) Bukit Kepong: Ismail Mohamad
5) Bukit Pasir: Mohamad Fazli Mohamad Salleh
6) Gambir: Shahrihan Jani
7) Serom: Kharinnisa Ismail
8) Simpang Jeram: Lokman Md Dun
9) Bukit Naning: Md Fuad Tukirin
10) Maharani: Noor Farah Shamsudin
11) Sungai Balang: Mohd Helmy Abd Latif
12) Semerah: Mohd Fared Md Khalid
13) Sri Medan: Zulkurnain Kamisan
14) Semarang: Samsol Bari Jamali
15) Parit Yaani: Najib Samuri
16) Parit Raja: Rashidah Ramli
17) Senggarang: Mohd Yusla Ismail
18) Rengit: Mohd Puad Zarkashi
19) Machap: Onn Hafiz Ghazi
20) Layang Layang: Mutalif Rahim
21) Mahkota: Sharifah Azizah
22) Endau: Yuzaimi Md Yusof
23) Panti: Hahasrin Hashim
24) Pasir Raja: Rashidah Ismail
25) Sedili: Muszaide Makmur
26) Johor Lama: Noorliza Noh
27) Penawar: Fauziah
28) Tanjung Surat: Syed Sis Abd Rahman
29) Tiram: Azizul Bachok
30) Larkin: Md Hairi Md Shah
31) Permas: Baharuddin Md Taib
32) Kempas: Ramli Rohani
33) Kota Iskandar: Pandak Ahmad
34) Bukit Permai: Md Jafny Md Shukor
35) Benut: Hasni Mohammad
36) Pulai Sebatang: Hasrunnizah Hassan
37) Kukup: Jefridin Atan

Parti komponen BN, MIC pula bertanding di empat kawasan DUN, iaitu:

Kemelah (Saraswathy), Kahang (Vidyananthan Ramanadhan), Tenggaroh (Raven Kumar Krishnasamy), dan di DUN Bukit Batu.

Sementara itu, MCA masih belum mendedahkan nama calon di 15 kawasan DUN yang akan ditandingi mereka. Parti itu akan bertanding di kawasan berikut:

Jementah, Bekok, Tangkak, Bentayan, Yong Peng, Penggaram, Mengkibol, Paloh, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, Senai, dan Pekan Nenas. – 24 Februari, 2022.

Iklan
Iklan