Pejuang tawar Shahruddin di Machap, Mahdzir di Semerah
Iklan
KETUA Pejuang Johor, Shahruddin Md Salleh yang juga ahli Parlimen Sri Gading diumumkan akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada 12 Mac.
Parti itu mengumumkan Shahruddin, 66, sah akan menentang calon Barisan Nasional (BN) Onn Hafiz Ghazi, yang berpindah dari kerusi disandangnya sebelum ini iaitu DUN Layang-Layang.
Bekas anggota DAP Mahdzir Ibrahim, 46, pula diletakkan di kerusi DUN Semerah, dan bakal bertembung penyandang dari PKR Khuzzan Abu Bakar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.
Mahdzir merupakan calon DAP di kerusi Parlimen Tanjung Piai dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun tewas.
Pengumuman hari ini juga menyaksikan Pejuang sah bertanding di 42 kerusi daripada 56 kerusi DUN Johor.
Daripada keseluruhan calon mereka, tujuh daripadanya berusia di bawah 40-an dan empat calon terdiri daripada wanita.
Berikut adalah senarai calon Pejuang pada PRN Johor:
Buloh Kasap: Hanafi Ahmad, 49
Pemanis: Dr Azita Amrin, 63
Kemelah: Norizan Sahardin, 59
Tenang: Mohd Fauzi Bachok, 44
Bukit Kepong: Md Taib Md Suhut, 60
Bukit Pasir: Mohd Akhiri Mahmood, 50
Gambir: Suraya Sulaiman, 41
Tangkak: Muhammad Airel Zabridin, 27
Serom: Abdul Azim Abdul Malek, 34
Simpang Jeram: Mahaizal Mahmor,50
Bukit Naning: Ibrahim Shafee, 57
Maharani: Riad Ahmad, 37
Sungai Balang: Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal@Mohd Najib, 28
Semerah: Mahdzir Ibrahim, 46
Sri Medan: Mohd Fordaus Abdul Malek, 39
Semarang: Adzlan Raju, 52
Parit Yaani: Mohd Ridhauddin Mohd Tahir, 45
Parit Raja: Abdul Lateef Mahrani
Senggarang: Zalihah Jaafar, 51
Rengit: Nizam Bashir Abdul Karie., 49
Machap: Shahruddin Md Salleh, 66
Layang-Layang: Ahmad Shafiq Othaman, 33
Paloh: Aminuddin Johari, 38
Kahang: Rosdi Amir, 50
Endau: Zaini Tahar, 54
Tenggaroh: Mohd Firdaus Abd Rahman, 37
Panti: Ahmade Mohd Din, 55
Pasir Raja: Mohd Yusri Yusof, 50
Sedili: Tariq Ismail Mustafa, 44
Johor Lama: Mohd Shukor Ahmad, 61
Penawar: Rahmatullah Kamilin, 35
Tanjung Surat: Samat Atan, 68
Tiram: Abdul Aziz Harun, 47
Puteri Wangsa: Khairil Anwar Razali, 50
Permas: Mahaya Ahad, 44
Larkin: Mohamad Riad Mohamad Hashim, 49
Kempas: Nornekman Osman, 48
Kota Iskandar: Zaini Abu Bakar, 63
Bukit Permai: Mokhtar Abdul Wahab, 54
Benut: Iskandar Noor Ibrahim, 66
Pulai Sebatang: Abd Rashid Abd Hadi, 61
Kukup: Zamzam Hashim, 53
– 24 Februari, 2022.