Iklan

KKM lapor 75 kematian Covid-19 semalam

Raevathi Supramaniam3 years ago1st Mar 2022Berita
Covid-19 corona virus funeral 02
Jumlah keseluruhan kematian negara akibat Covid-19 kini mencecah 32,749. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Mac, 2022.
Iklan

MALAYSIA merekodkan 75 kematian akibat Covid-19 semalam, jumlah harian tertinggi sejak awal tahun ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada kematian baharu, 20 kes melibatkan kematian di luar hospital.

Angka harian terbaharu ini menjadikan jumlah kematian kepada 32,749.

Malaysia mencatatkan kematian harian tertinggi sejak permulaan wabak pada 12 September, dengan 592 kes.

Negara mencatatkan 23,100 jangkitan baharu Covid-19 semalam, turun daripada 24,466 kes sehari sebelumnya.

Jumlah kes aktif kini berjumlah 293,423.

Pangkalan data GitHub menunjukkan Selangor melaporkan tertinggi dengan 22, diikuti Johor (13), Sabah (11).

Kedah dan Perak masing-masing 7, Pulau Pinang (3), Kelantan (3), Melaka (3), Terengganu (2), Pahang (1), Negeri Sembilan (1), Kuala Lumpur (1) and Sarawak (1).

Perlis, Putrajaya dan Labuan tiada kematian dilaporkan.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi, iaitu 6,098 semalam.

Ini diikuti oleh Kedah (2,782), Johor (2,367), Sabah (2,174), Pulau Pinang (1,728), Perak (1,335), Kelantan (1,200), Pahang (1,147), Negeri Sembilan (1,032), Kuala Lumpur (968). , Terengganu (756), Melaka (575), Sarawak (442), Perlis (195), Labuan (173) dan Putrajaya (128).

Seramai 7,881 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, dengan 361 daripadanya berada di unit rawatan rapi dan 193 memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan hospital negara adalah 68.4%, dengan 64.2% membabitkan kes Covid-19. – 1 Mac, 2022.

Iklan
Iklan