Iklan

115 kes kematian Covid-19, 27,500 kes jangkitan baharu

Aminah Farid3 years ago3rd Mar 2022Berita
Covid-19 funeral 20210614 tmihasnoor 004
Jumlah keseluruhan kes kematian yang dilaporkan akibat koronavirus kini berjumlah 32,942.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Mac, 2022.
Iklan

JUMLAH kes kematian harian Covid-19 terus meningkat dengan 115 kematian direkodkan semalam, tertinggi dalam lima bulan, lapor Kementerian Kesihatan.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan lonjakan kes kematian adalah pada 7 Oktober 2021, iaitu 132 kes direkodkan.

Jumlah kematian tertinggi sebelum ini dalam sehari ialah 78, iaitu pada Selasa lalu.

Daripada 115 kes kematian baharu, 36 diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital. Jumlah kematian yang dilaporkan akibat koronavirus kini berjumlah 32,942.

Menurut data GitHub daripada 78 kematian, Johor merekodkan kes tertinggi dengan 25, diikuti Sabah (24), Selangor (18), Kedah (8), Negeri Sembilan (8), Perak (7), Pahang (6), Kuala Lumpur (6), Kelantan (4), Pulau Pinang (3), Melaka (2), Sarawak (1) dan Terengganu (1).

Sementara itu, 27,500 jangkitan baharu Covid-19 turut direkodkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 3,496,090.

Daripada jumlah itu, 189 kes (0.69 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 27,311 kes (99.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Pecahan kategori kes:

Kategori 1: 9,292 kes (33.79%);
Kategori 2: 18,019 kes (65.52%);
Kategori 3: 71 kes (0.26%);
Kategori 4: 38 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 80 kes (0.29%).

Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 6,494, diikuti Kedah (2,752), Pulau Pinang (2,422), Sabah (2,236), Kuala Lumpur (2,092) Johor (1,949), Kelantan (1,758), Perak (1,430), Negeri Sembilan (1,373), Sarawak (1,357), Pahang (1,331), Terengganu (896), Melaka (664), Labuan (364), Perlis (211) dan Putrajaya (171).

Seramai 8,182 pesakit Covid-19 telah dimasukkan ke hospital, yang mana 360 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi dan 213 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan katil hospital adalah pada 68.6%, yang mana 67.1% daripadanya adalah kes Covid-19.– 3 Mac, 2022.

Iklan
Iklan