Iklan

1,841 pesakit dimasukkan ke hospital kerana Covid-19

Aminah Farid3 years ago3rd Mar 2022Berita
Icu story 210621 tmiseth 04
Iklan

SERAMAI 1,841 orang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah itu, 201 adalah dalam Kategori 1, Kategori 2 (963), Kategori 4 (288) dan Kategori 5 (43).

Sabah merekodkan kemasukan tertinggi dengan 1,759, diikuti Johor (1,616), Selangor (1,320), Kedah (1,208), Negeri Sembilan (1,084), Perak (746), Sarawak (669), Pahang (655), Melaka (636) , Pulau Pinang (617), Kuala Lumpur (590), Kelantan (569), Terengganu (449), Perlis (165), Putrajaya (83) dan Labuan (98).

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 berada pada 41% daripada jumlah kapasiti 868 katil.

Beliau berkata 194 orang kini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kadar penggunaan katil ICU di lapan wilayah kini melepasi kapasiti 50% iaitu Putrajaya (67%), Perlis (64%), Kelantan (60%), Johor (59%), Kuala Lumpur (58%), Sabah (55%), Melaka (53%) dan Selangor (51%).

Sementara itu, seramai 1,376 pesakit dibenarkan discaj semalam dan 27,557 telah pulih daripada virus itu. – 3 Mac, 2022.


 

Iklan
Iklan