Iklan

55 kematian baharu Covid-19, kes harian menurun kepada 27,345 kes

Aminah Farid3 years ago7th Mar 2022Berita
Bm-0603-covid-19 cases-state-02
Iklan

JANGKITAN baharu Covid-19 di Malaysia turun kepada 27,435 kes semalam selepas tiga hari berturut-turut kes melebihi angka 30,000, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 3.62 juta.

Sementara itu kementerian melaporkan 55 kematian baharu Covid-19 di mana 16 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Jumlah kematian terkini menjadikan angka korban akibat koronavirus kepada 33,228 manakala jumlah kematian di luar hospital berjumlah 6,869.

Daripada jumlah jangkitan yang direkodkan Selangor merupakan penyumbang terbesar dengan 7,012 kes diikuti oleh Kuala Lumpur (2,685) dan Kedah (2,721).

Negeri lain yang melaporkan kes baharu ialah Kuala Lumpur (2,685), Johor (2,348), Pahang (1,844), Pulau Pinang (1,663), Negeri Sembilan (1,565), Sabah (1,515), Kelantan (1,279, Perak (1,262), Sarawak (1,244), Terengganu (918), Melaka (796), Perlis (206), Labuan (206) dan Putrajaya (171).

Daripada jumlah kematian Kedah melaporkan kes tertinggi iaitu 12, diikuti oleh Pulau Pinang (8), Johor (7), Terengganu (6), Kelantan (5), Perak (4), Selangor (4), Melaka (2), Negeri Sembilan (2), Perlis (2), Pahang (1), Sabah (1) dan Sarawak (1).

Kadar kematian adalah 0.2% dan kadar kematian keseluruhan pada 0.9%. – Bernama, 7 Mac, 2022.

Iklan
Iklan