Iklan

KKM lapor 1,756 kemasukan ke hospital akibat Covid-19

Aminah Farid3 years ago7th Mar 2022Berita
Bm-0603-covid-19  hospitalisations-02
Iklan

SERAMAI 1,756 pesakit dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdapat 183 dalam Kategori 1, diikuti oleh Kategori 2 (849), Kategori 3 (274), Kategori 4 (403) dan Kategori 5 (47).

KKM membahagikan kes Covid-19 kepada lima kategori asas: asimtomatik (Kategori 1), gejala ringan (Kategori 2), gejala seperti radang paru-paru (Kategori 3), gejala serius yang memerlukan alat sokongan pernafasan (Kategori 4) dan gejala teruk memerlukan rawatan perubatan akut (Kategori 5).

Bilangan kemasukan tertinggi adalah di Sabah dengan 1,674 diikuti oleh Johor (1,616) dan Selangor (1,315).

Negeri lain yang melaporkan kemasukan ke hospital ialah Kedah (1,208), Negeri Sembilan (1,084), Perak (929), Kuala Lumpur (701), Sarawak (700), Kelantan (691), Pulau Pinang (674), Pahang (655), Melaka (636), Terengganu (465), Perlis (165), Labuan (98) dan Putrajaya (83).

Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 berada pada 43% daripada jumlah kapasiti 868 katil.

Beliau berkata seramai 216 pesakit kini memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katil ICU di lima wilayah melebihi kapasit 50% ialah di Selangor (83%), Putrajaya (83%), Johor (70%), Kelantan (69%), dan Kuala Lumpur (54%).

Sementara itu, seramai 1,339 orang dibenarkan keluar dari hospital semalam, bersama 30,335 orang pulih. – Bernama, 7 Mac, 2022.

Iklan
Iklan