Iklan

Pihak berkuasa bertindak pantas bantu mangsa banjir, kata PM

Raevathi Supramaniam3 years ago7th Mar 2022Berita
Flash march 07, 2022 afif 14
Antara pengguna jalan raya yang terkandas akibat banjir di ibu negara hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 7 Mac, 2022.
Iklan

KEMENTERIAN dan agensi berkaitan bertindak pantas membantu mangsa banjir kilat di Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Ismail Sabri hari ini.

Dalam catatan di Twitter, Ismail menggesa orang ramai supaya selamat di jalan raya.

“Enam kawasan di Pusat Bandar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan dinaiki air.

“Kementerian dan agensi telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia.

“Elak melalui kawasan banjir kilat dan berhati-hati memandu sewaktu hujan,” tulisnya dalam posting berkenaan.

Hujan lebat petang ini menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian di ibu negara.

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan kereta terkandas di jalan raya yang dinaiki air dan paras air meningkat di tempat letak kereta bawah tanah.

Laporan awal menyebut Jalan Kuchai Lama terjejas teruk, dengan beberapa jalan terputus akibat kenaikan air. Jalan Pinang turut dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas ialah terowong Tabung Haji, terowong Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Pahang, Jalan Sri Permaisuri dan Jalan Tun Razak.

Sehingga jam 4.45 petang, paras air di ibu negara dikategorikan sebagai berbahaya. – 7 Mac, 2022.

Iklan
Iklan