Iklan

Ribut petir di beberapa negeri malam ini, kata MetMalaysia

Elill Easwaran3 years ago7th Mar 2022Berita
49933441652 ddab45c3ea h
Di Sabah, kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat adalah di Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mac, 2022.
Iklan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di barat Semenanjung dan Sabah.

Negeri yang terjejas adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Manakala bagi Sabah, kawasan yang dijangka dilanda hujan lebat adalah di Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Amaran itu berlangsung sehingga jam 10 malam.

Awal hari ini hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat di beberapa bahagian Kuala Lumpur.

Antara kawasan yang terjejas terowong Tabung Haji, terowong Jalan Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Pahang, Jalan Sri Permaisuri dan Jalan Tun Razak.

Sehingga jam 4.45 petang, paras air di ibu negara dikategorikan sebagai berbahaya.

Sementara itu, pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengesahkan kepada The Malaysian Insight bahawa pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka di Kuala Lumpur terletak di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

“Pihak berkuasa kini sedang membantu orang ramai untuk berpindah ke PPS.” – 7 Mac, 2022.

Iklan
Iklan