Iklan

Malaysia rekod 26,856 kes baharu, 77 kematian akibat Covid-19

Aminah Farid3 years ago8th Mar 2022Berita
Flash march 07, 2022 afif 06
Malaysia dilanda banjir kilat semalam di tengah-tengah wabak Covid-19 yang didorong penularan pantas varian Omicron. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 8 Mac, 2022.
Iklan

MALAYSIA terus menyaksikan penurunan dalam jangkitan harian Covid-19 untuk hari kedua berturut-turut selepas 26,856 kes dilaporkan semalam, lapor Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, negara mengalami jangkitan tertinggi melebihi 30,000 kes untuk tempoh tiga hari berturut-turut.

Laman sesawang CovidNownya menunjukkan bahawa kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 3.64 juta.

Daripada jangkitan baharu itu, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 6,757, diikuti Kedah (2,884) dan Kuala Lumpur (2,181).

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang turut melaporkan jangkitan ialah Johor (2,059), Kelantan (1,896), Pahang (1,858), Pulau Pinang (1,836), Negeri Sembilan (1,575), Terengganu (1,270), Sabah (1,235), Perak (1,142), Melaka (863), Sarawak (857), Putrajaya (182), Labuan (135), Perlis (126).

Ketika ini terdapat 304,304 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, kementerian juga melaporkan 77 kematian baharu Covid-19, di mana 26 daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan.

Johor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 13 orang, diikuti Kedah (12), Selangor (12), Kelantan (6), Terengganu (6), Negeri Sembilan (5), Sabah (5), Melaka (4), Perak (4), Pahang (3), Putrajaya (3), Pulau Pinang (2) dan Kuala Lumpur (2).

Angka korban terkini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 kepada 33,304, manakala jumlah kematian ketika tiba di hospital (DOA) adalah 6,895.

Kadar kematian adalah 0.2% dan peratusan korban terkumpul pada 0.9%. – 8 Mac, 2022.

Iklan
Iklan