Iklan

Kementerian Kesihatan lapor 1,869 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital

Aminah Farid3 years ago8th Mar 2022Berita
50857686738 71ca2f78e5 c
Penggunaan unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 adalah 42% daripada jumlah kapasiti 885 katil, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2022.
Iklan

SERAMAI 1,869 pesakit dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan.

Terdapat 228 kes dalam Kategori 1, diikuti 916 (Kategori 2), 261 (Kategori 3), 415 (Kategori 4) dan 49 (Kategori 5).

Kementerian Kesihatan membahagikan kes Covid-19 kepada lima kategori asas: tidak bergejala (Kategori 1) , bergejala ringan (Kategori 2), radang paru-paru (Kategori 3), gejala serius yang memerlukan bantuan pernafasan (Kategori 4), dan gejala akut teruk (Kategori 5).

Selangor melaporkan bilangan kemasukan ke hospital tertinggi dengan 273 kes, diikuti Johor (225), Perak (199), Kelantan (172), Kuala Lumpur (167), Kedah (145), Pulau Pinang (140), Pahang (99), Terengganu dan Sabah masing-masing 96, Sarawak (77), Melaka (67), Negeri Sembilan (66), Putrajaya (28), Perlis (14) serta Labuan (5).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata penggunaan unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 adalah 42% daripada jumlah kapasiti 885 katil.

Dr Noor Hisham berkata 223 pesakit kini memerlukan bantuan pernafasan.

Katil ICU di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan telah melebihi kapasiti 50%.

Kelantan merekodkan penggunaan katil ICU tertinggi dengan 73%, diikuti Putrajaya (67%), Kuala Lumpur (62%), Johor (61%), Selangor (60%), Perak (53%), dan Labuan (57%).

Sementara itu, seramai 1,482 pesakit dibenarkan keluar dari hospital semalam, bersama 30,726 orang pulih. – 8 Mac, 2022.

Iklan
Iklan