2 lagi kematian akibat Covid-19 di Sarawak
Iklan
SEORANG lelaki berusia 67 tahun dan wanita berusia 83 tahun merupakan mangsa terbaru yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Sarawak.
Kedua-dua kes ini menjadikan jumlah korban di negeri ini berjumlah 1,632 orang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata lelaki berusia 67 tahun yang meninggal dunia di hospital Miri Sabtu lepas - pengesahan kematiannya akibat jangkitan virus hanya dibuat hari ini - mengalami kegagalan buah pinggang terminal.
Wanita berusia 83 tahun itu yang mempunyai sejarah hipertansi dan dislipidemia merupakan kes kematian di luar hospital.
Dia dibawa ke hospital umum Sarawak dan meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Negeri itu melaporkan 1,903 jangkitan baharu hari ini meningkat daripada 857 semalam.
Primier Sarawak Abang Johari Openg antara statistik hari ini dan beliau juga merupakan salah seorang daripada 1,179 yang dilaporkan mengalami gejala ringan.
Laporan jawatankuasa pengurusan bencana menyatakan terdapat 712 kes yang tidak menunjukkan gejala, enam melaporkan jangkitan paru-paru, lima mengalami jangkitan sedemikian dan memerlukan oksigen untuk bernafas manakala seorang memerlukan alat ventilator untuk membantu pernafasan.
Kebanyakan kes adalah di empat kawasan paling ramai penduduk di negeri ini dengan bahagian Kuching melaporkan 754 kes, Miri (217), Sibu (194) dan Bintulu (154). – Bernama, 8 Mac, 2022.