Iklan

Mana pelan tebatan banjir kerajaan, soal pembangkang

Flash march 07, 2022 afif 10 (2)
Kegagalan kerajaan membuat rancangan tebatan banjir menyebabkan banjir kilang berulang di Kuala Lumpur, kata ahli Parlimen pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2022.
Iklan

KEKURANGAN komitmen Putrajaya, perancangan bandar yang lemah dan pembangunan yang pesat antara punca utama banjir kilat berulang di Kuala Lumpur, kata ahli Parlimen pembangkang.

Mereka berkata Putrajaya seolah-olah tidak komited dalam melaksanakan langkah tebatan banjir menyebabkan banjir kilat berulang di ibu negara.

Bantuan tunai juga perlu diberikan kepada mangsa yang terjejas dan mereka yang sudah terkesan daripada banjir Disember lalu sekali lagi menerima akibat daripada kegagalan kerajaan, tambah mereka.

“Rancangan tebatan banjir sepatutnya dibuat sejurus selepas banjir pada Disember tetapi itu tidak berlaku,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil kepada The Malaysian Insight.

“Putrajaya perlu menjelaskan mengapa ini berulang, adakah kita akan melihat lebih banyak kes berlaku?,” soalnya.

Ahli Parlimen PKR itu berkata 140 rumah dan 564 orang yang terjejas akibat banjir di kawasannya semalam dan belum pulang ke rumah.

Beliau berkata banjir mengejut semalam berlaku di kawasan sama seperti ketika banjir pada Disember lalu yang mengakibatkan 300 keluarga terjejas.

Tambahnya mereka yang paling hampir dengan parit monsun paling teruk terjejas manakala mereka yang berada di kawasan lebih tinggi tidak terjejas.

Beliau juga berkata mereka yang terjejas banjir boleh mendapatkan perlindungan di SJKT Saraswathy kerana sekolah itu terletak di atas bukit.

“Penduduk mengadu mereka baru saja pulih daripada banjir pada Disember lepas dan kini berulang lagi.

“Saya fikir kita perlu melihat penyelenggaraan. Selepas banjir pada Disember saya menyebut penyelenggaraan parit monsun yang lemah. Saya tidak tahu sama ada mereka sudah melakukan kerja penyelenggaraan.

“Dalam masa sama penduduk mengadu mengenai rumah pam itu sama ada ia sudah dibaiki dan berfungsi,” katanya. 

Beliau berkata terdapat pasukan di lapangan membantu membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

“Dari segi pembersihan pasukan sudah berada di lapangan. Ia bukan sekadar membersihkan mereka juga membuang sampah seperti yang kami lakukan pada bulan Disember.

“Penyelarasan perlu dilakukan bagi memastikan Alam Flora boleh membawa masuk trak,” katanya. – 8 Mac, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan