Iklan

KKM lapor 31,490 kes baharu Covid-19, 79 kematian

Aminah Farid3 years ago9th Mar 2022Berita
Maeps-04
Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 negara kini mencecah 3.68 juta manakala kes aktif sebanyak 306,681. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Mac, 2022.
Iklan

MALAYSIA merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 31,490 jangkitan Covid-19 selepas dua hari menyaksikan penurunan jumlah kes, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Laman web CovidNow menunjukkan kes baharu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 3.68 juta manakala kes aktif sebanyak 306,681.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi iaitu 8,095, diikuti Kuala Lumpur (4,527), Kedah (3,015), Pulau Pinang (2,425), Sarawak (1,903), Negeri Sembilan (1,883), Johor (1,721), Kelantan (1,647), Pahang (1,409), Perak (1,279), Terengganu (1,277), Sabah (1,216), Melaka (554), Putrajaya (201), Perlis (190) dan Labuan (148).

Sementara itu, 79 lagi kematian Covid-19 direkodkan, dengan 19 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Jumlah kematian terkini menjadikan jumlah kematian akibat koronavirus kepada 33,384, manakala kematian di luar hospital sebanyak 6,948.

Kematian dilaporkan di Johor (16) diikuti Kedah (13), Perak (13), Selangor (11), Pahang (5), Sabah (5), Kelantan (4), Melaka (3), Pulau Pinang (2) , Putrajaya (2) dan Negeri Sembilan (1).

Kadar kematian adalah 0.2% dan kadar kematian terkumpul pada 0.9%. – 9 Mac, 2022.

Iklan
Iklan