Iklan

Caj kesesakan mungkin dilaksana apabila MRT3 siap, kata menteri

Aminah Farid3 years ago15th Mar 2022Berita
Traffic jams tmi nazirsufari 254
Langkah perkenal bayaran kesesakan turut membantu memberi perlindungan kepada alam sekitar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2022.
Iklan

PUTRAJAYA sedang mengkaji untuk mengenakan bayaran kesesakan kepada kenderaan yang memasuki pusat bandar apabila sistem rangkaian pengangkutan awam siap pada 2030, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong kepada Parlimen hari ini.

Beliau berkata caj sebegitu banyak dilaksanakan di bandar besar lain di seluruh dunia, kecuali kenderaan elektrik.

“Cadangan itu hanya akan dipertimbangkan sebaik sahaja Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3) siap,” kata Wee.

“Apabila kita mempunyai sistem rangkaian pengangkutan awam yang lengkap, maka sudah tiba masanya untuk melihat komponen ini.

“Ini adalah trend yang betul (untuk memperkenalkan bayaran), bukan sahaja bagi kenderaan yang masuk tetapi dari segi perlindungan alam sekitar juga.”

Wee menjawab soalan tambahan Fahmi Fadzil (Lembah Pantai-PH) sama ada Putrajaya bercadang untuk menguatkuasakan bayaran kesesakan di Kuala Lumpur sebaik projek MRT3 siap.

Projek itu, yang mendapat kelulusan Kabinet pada 4 Mac, dijangka siap menjelang 2030, dengan fasa pertama dibuka kepada orang ramai seawal Disember 2028, kata Wee.

Beliau berkata projek itu akan dibiayai dalam tiga cara: Sukuk, jaminan kerajaan dan pembayaran tertunda.

Laluan MRT3 itu sepanjang 51km, dengan 39km dalam Kuala Lumpur dan baki 12km di Selangor, berdasarkan kajian kemungkinan teknikal.

Wee berkata untuk membina 10 stesen pertukaran baharu, laluan itu akan melalui beberapa sistem rel sedia ada, termasuk MRT1, MRT2, Transit Aliran Ringan, Monorel KL dan KTM.

Beliau juga berkata 80% daripada laluan baharu itu akan dinaikkan dan 20% akan berada di bawah tanah. – 15 Mac 2022.

Iklan
Iklan