Iklan

Kematian baharu Covid-19 di Sarawak libat individu tak terima dos penggalak

Desmond Davidson3 years ago21st Mar 2022Berita
Covid 19 burial 190521 tmiseth 01
Sebanyak tiga kes kematian Covid-19 di Sarawak melibatkan pesakit yang tidak mengambil dos penggalak Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2022.
Iklan

SARAWAK sekali lagi menyeru kepada 204,000 atau lebih rakyat Sarawak yang tidak mengambil suntikan penggalak untuk berbuat demikian susulan tiga kes kematian Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Ooi Choo Huck berkata wanita berusia 57, 71 dan 86 tahun dalam kumpulan berisiko tinggi dengan pelbagai komorbiditi yang meninggal dunia pada Sabtu lepas didapati tidak mengambil suntikan dos penggalak.

Wanita berusia 57 tahun dari Sarikei yang menghidap darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang kronik dan masalah jantung merupakan kes kematian di luar hospital yang dilaporkan.

Begitu juga wanita berusia 86 tahun dari Samarahan yang meninggal dunia ketika dibawa ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (SGH).

Lelaki berusia 71 tahun itu meninggal dunia di SGH Kuching.

“Ini adalah bukti yang sangat jelas bahawa dos penggalak itu berkesan dalam mencegah orang mendapat jangkitan teruk dan kematian,” kata Dr Ooi dalam satu sidang media.

Beliau berkata sebagai suntikan mencegah jangkitan teruk ia mengurangkan peluang mereka yang dijangkiti Covid-19 daripada dimasukkan ke hospital malah ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk merawat jangkitan mereka.

“Jika kita semua mendapat dos penggalak, kita boleh hidup dengan Covid-19,” katanya.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang juga Timbalan Premier Douglas Uggah berkata walaupun vaksinasi tidak 100% melindungi daripada jangkitan Covid-19 ia terbukti secara saintifik dapat mengurangkan keterukan dan kematian akibat wabak berkenaan.

Beliau menambah jika semua orang di negeri ini mendapat suntikan dos penggalak mereka maka “kita boleh hidup dalam keadaan hampir normal”.

Sarawak melaporkan 813 kes baharu hari ini dan hanya lapan dalam kategori klinikal serius dengan jangkitan paru-paru.

Dua memerlukan sokongan pernafasan manakala enam perlu alat ventilator.

Dalam peralihan negeri ke fasa endemik dan pembukaan semula sempadan negeri Uggah berkata sekatan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan akan ditarik semula secara berperingkat.

Beliau berkata kerana akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu dan merancang melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang paling kritikal dan garis masa yang munasabah bagi memastikan kita dapat beralih ke fasa endemik dengan selamat.

SOP peralihan itu dijangkakan oleh kementerian dan agensi berkaitan dalam beberapa hari akan datang.

Antara SOP tersebut adalah untuk perayaan agama akan datang, bazar Ramadan dan Gawai.

Mengenai pembukaan semula sempadan negeri dan SOP pengembara dari luar negara ke negeri ini, Uggah memberi sedikit gambaran apabila beliau berkata mereka tidak perlu lagi memohon MyTravel Pass.

Mereka juga tidak perlu lagi memohon kebenaran memasuki Sarawak mahupun mengisi borang pengisytiharan E-kesihatan.

Bagaimanapun mereka perlu memuat turun dan mengisi borang pra-pelepasan dari ikon pengembara di Mysejahtera.

Uggah berkata pelancong dari luar Malaysia perlu mengambil ujian tindak balas berantai polimeras (PCR) empat hari sebelum berlepas ke Sarawak dan menunjukkan buktinya.

Semasa ketibaan mereka akan diuji sekali lagi menggunakan ujian RTK - ujian yang dilaukan oleh pekerja perubatan terlatih sebelum mereka dibenarkan meninggalkan lapangan terbang.

Dr Ooi berkata keputusan ujian RTK adalah dalam masa 20 hingga 30 minit.

Beliau memberi amarah untuk membersihkan muatan pesawat penumpang mungkin mengambil sedikit masa. – 21 Mac, 2022.

Iklan
Iklan