Iklan

KDN bentang usul Sosma dilanjutkan 5 tahun lagi

Noel AchariamAminah Farid3 years ago23rd Mar 2022Berita
51416625501 e9e85104e9 o
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin bentang usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Sosma bagi tempoh lima tahun bermula 31 Julai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mac, 2022.
Iklan

MENTERI Dalam Negeri Hamzah Zainudin hari ini membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi tempoh lima tahun bermula 31 Julai.

Beliau berkata Sosma adalah mekanisme terbaik dalam menangani ancaman keselamatan.

“Maka, peruntukan Subseksyen 4(5) Sosma perlu dilanjutkan untuk lima tahun lagi,” katanya di Dewan Rakyat.

Hamzah (Larut-PN) berkata sejak 2012, polis menggunakan Sosma untuk pelbagai tindakan dalam menangani ancaman keselamatan terhadap negara.

“Dari 2016 hingga Januari 2022, seramai 3,717 individu ditahan di bawah akta ini.” – 23 Mac, 2022.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan