Iklan

Kerajaan sambung semula Peka B40 di Sarawak

Desmond Davidson3 years ago6th Apr 2022Berita
Phcorp slider-bm-copy-e1631861197830-1024x537  full
CEO ProtectHealth Corporation Dr Anas Alam Faizli berkata program pengesanan awal NCD dan intervensi awal sebelum PKP hanya berjaya menyaring 78,241 orang atau hanya 10% mereka yang layak di Sarawak. – Gambar laman web ProtectHealth, 6 April, 2022.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan menyambung semula Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (Peka B40) di Sarawak berikutan gangguan akibat sekatan pandemik Covid-19. 

Kementerian berharap dapat menyaring penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan mereka yang berada dalam julat pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah.

Program pengesanan awal NCD dan intervensi awal sebelum ini hanya berjaya menyaring 78,241 orang atau hanya 10 peratus daripada mereka yang layak di Sarawak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dua tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd Dr Anas Alam Faizli di Kuching hari ini.

ProtectHealth ditubuhkan di bawah kementerian, dan merupakan pentadbir Peka B40 bagi pihak kementerian.

Dr Anas berkata selain PKP, orang ramai terlalu takut untuk keluar dari rumah kerana bimbang dijangkiti Covid.

Dalam taklimat media di Kuching hari ini untuk mengumumkan penyambungan semula program saringan kesihatan di Sarawak, Dr Anas berkata sekarang adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan semula Peka B40 berikutan kelonggaran sekatan pergerakan.

“Jika orang ramai tidak takut ke bazar Ramadan, sudah pasti mereka tidak takut untuk saring,” katanya.

Sasaran ProtectHealth ialah baki 583,253 orang yang layak dalam kumpulan B40.

Dr Anas berkata saringan kesihatan awal untuk NCD adalah penting terutamanya dengan wabak itu masih berterusan kerana penyakit ini menimbulkan risiko komplikasi dan kematian yang serius jika mereka yang mempunyai keadaan sedemikian dijangkiti Covid-19. – 6 April, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan