Iklan

DAP tak terima katak politik, kata Loke

Chan Kok Leong3 years ago14th Apr 2022Berita
Dap april 14, 2022 tmi afif 01
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata parti itu tidak akan menerima mana-mana katak politik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 14 April, 2022.
Iklan

DAP tidak akan menerima mana-mana ‘katak politik’ yang berhasrat untuk menyertai parti itu, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

“Pendirian kami jelas. Kami tidak akan terima katak politik,” tegasnya pada sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.

Loke berkata DAP juga tidak akan membuka pintu kepada bekas-bekas pemimpin parti yang sebelum ini membelot selepas Langkah Sheraton pada 2020.

Beliau mengulas laporan media menyebut bekas Adun Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee mendakwa beliau telah “dipinang” beberapa parti politik dan ditawarkan sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Untuk kes Norhizam ini sudah jelas. Selepas kalah pilihan raya negeri tahun lepas, dan sekarang kalau beliau ingat nak kembali boleh lupakan saja.

“Begitu juga kepada yang lain, kerana kita ada ramai calon baharu yang bagus,” katanya. – 14 April, 2022. 

Berita penuh di sini
   

Iklan
Iklan