Iklan

Jangkitan Covid-19 dijangka meningkat semasa Aidilfitri, kata menteri

Diyana Ibrahim3 years ago16th Apr 2022Berita
51214617111 5c4a218b77 c
Varian Omicron masih lagi penyakit yang serius terutama terhadap warga emas atau mereka berpenyakit kronik atau sistem imun lemah, kata Khairy Jamaluddin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 April, 2022.
Iklan

WARGA emas disarankan mengambil dos penggalak vaksin sebagai pencegahan kerana jangkitan dijangka meningkat semasa sambutan Aidilfitri, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Jangkaan itu memandangkan sambutan kali ini pertama kali berlangsung selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan dan sempadan negara dibuka, katanya.

“Varian Omicron masih lagi penyakit yang serius terutama terhadap warga emas atau mereka yang ada penyakit kronik atau sistem imun lemah.

“Dan untuk Hari Raya ini pertama kali kita beraya dengan rentas negeri dibenarkan jadi risiko  jangkitan itu tinggi.

“Memang kita jangkakan kes Covid-19 akan naik semasa raya sebab itu kita minta warga emas dapatkan dos penggalak,” katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu.

“Pada waktu ini, kementerian masih tidak berpuas hari dengan kadar pengambilan dos penggalak yang hanya mencecah 70% ketika ini.

“Kalau boleh kita nak cecah 90% yang mana kita sasarkan dalam tempoh satu atau dua bulan lagi,” katanya di Hospital Sultanah NurZahirah.

Bagaimanapun, kementeriannya bersedia dengan kemungkinan menghadapi peningkatan kes tersebut dan petugas kesihatan sudahpun diarahkan mengambil cuti raya secara berjadual.

Sehingga semalam, jumlah jangkitan Covid-19 merekodkan penurunan di bawah angka 10,000 apabila sebanyak 9,673 kes dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 4.3 juta kes. – 16 April, 2022.

Iklan
Iklan