Iklan

Abang Johari digesa nyata pendirian undang-undang antilompat parti

Desmond Davidson2 years ago7th May 2022Berita
Abang johari openg-irwan
Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat berkata Abang Johari Openg harus menyatakan pendiriannya dengan jelas berkenaan undang-undang antilompat parti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mei, 2022.
Iklan

PREMIER Sarawak Abang Johari Openg harus menyatakan pendiriannya dengan jelas berkenaan undang-undang antilompat parti, kata sebuah persatuan.

Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose) berkata Abang Johari perlu menyatakan apakah hasrat kerajaan negeri terhadap hasrat kerajaan persekutuan untuk meminda Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan bagi menyeragamkan peruntukan antilompat parti antara negeri-negeri persekutuan.

“Orang ramai berhak mengetahui bentuk undang-undang antilompat parti yang dimahukan kerajaan negeri,” kata pengerusinya Anne Teo dalam kenyataan.

Beliau juga bertanya adakah sikap berdiam diri menandakan kerajaan Sarawak membantah penggunaan undang-undang yang sama di peringkat negeri.

“Jika ya, apakah asas atau alasan kerajaan negeri berbuat demikian?” katanya.

Menurut Anne, Rose berpandangan peruntukan antilompat parti yang digunapakai kepada wakil rakyat harus lebih kuat daripada peruntukan sedia ada di bawah Perkara 17 (17)(a) Perlembagaan Negeri. – 7 Mei, 2022.     

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan