Iklan

2,246 kes baharu Covid-19, 1 kematian

Aminah Farid2 years ago10th May 2022Berita
Bm-0905-covid-19 cases-state-02
Iklan

MALAYSIA terus mencatatkan peningkatan jangkitan Covid-19 selepas melaporkan 2,246 kes baharu semalam berbanding 1,251 kes pada Ahad.

Laman web CovidNow menunjukkan jangkitan baharu menjadikan kes kumulatif kepada 4,461,135 sejak wabak itu bermula.

Hanya satu kematian berlaku di Kedah semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 kepada 35,584.

Lembah Klang menyumbang 1,425 kes baharu, 1,160 daripadanya di Selangor, 261 di Kuala Lumpur dan 4 di Putrajaya.

Pulau Pinang melaporkan 151 kes diikuti Negeri Sembilan (116), Johor (104), Perak (97), Kedah (92), Melaka (51), Kelantan (46), Sarawak (39), Sabah (38), Pahang ( 36), Terengganu (32) Perlis (13) dan Labuan (6).

Kadar kematian adalah 0.3% dan kadar kematian terkumpul 0.8%. – 10 Mei 2022.

Iklan
Iklan