Iklan

Kumpulan mahu penyertaan pertubuhan, doktor dalam pasukan petugas baharu

Elill Easwaran2 years ago14th May 2022Berita
50539245126 d1ae338db7 b
Kematian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang menyebabkan Kementerian Kesihatan menubuhkan pasukan petugas bebas menangani masalah buli dalam kalangan doktor muda. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mei, 2022.
Iklan

BEBERAPA kumpulan perubatan meminta Kementerian Kesihatan supaya menyertakan lebih banyak kumpulan dalam pasukan petugas peningkatan budaya kerja penjagaan kesihatan (HWCITF).

Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu berkata, walaupun HWCITF terdiri daripada ramai individu terkemuka yang menerajui bidang masing-masing, ia tidak mempunyai perwakilan daripada pekerja penjagaan kesihatan di lapangan terutamanya doktor muda atau mana-mana persatuan perubatan.

“Menjadi kebimbangan kami ini mungkin menyebabkan tiada hubungan langsung dengan doktor harian yang mengendalikan hospital dan klinik kerajaan kami,” kata kumpulan itu dalam kenyataan bersama.

Kumpulan yang mengeluarkan kenyataan itu adalah MMA SCHOMOS, Hartal Doktor Kontrak, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), Malaysian Medics International Doctors (MMI Doctors) dan MMA Junior Doctors Network (JDN).

Semalam, Kementerian Kesihatan secara rasmi menubuhkan pasukan petugas khas bebas untuk melihat budaya kerja perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menambah baiknya.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, selain insiden kematian pegawai perubatan siswazah di Hospital Pulau Pinang, terdapat juga laporan dan aduan diterima berkaitan buli dan masalah tekanan mental yang dihadapi bukan sahaja oleh doktor muda, malah kakitangan perkhidmatan kesihatan ketika menjalankan tugasan mereka.

Sementara itu, Dr Kelvin Yii berkata, doktor pelatih atau pegawai perubatan berkongsi pandangan kumpulan dan berkata, wakil dan NGO perubatan harus dimasukkan dalam HWCITF.

“Ini membolehkan jawatankuasa itu lebih inklusif dan komprehensif,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Yii menyatakan wakil Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), terutamanya dari seksyen mengenai doktor pelatih, pegawai perubatan dan pakar (SCHOMOS) mereka yang secara konsisten memperjuangkan hak doktor muda mesti berada dalam komuniti itu.

“Juga wakil daripada Malaysian Medic International (MMI) yang kebanyakannya mewakili doktor muda dan pelatih juga harus dibenarkan untuk menawarkan input yang tidak ternilai mereka dalam pasukan petugas itu sendiri.

“Sebaik sahaja laporan pasukan petugas itu selesai dan cadangan dibuat, saya menggesa menteri untuk turut membentangkannya dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Sains Kesihatan & Inovasi,” katanya.

Kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan isu buli dalam kalangan doktor muda dalam perkhidmatan kerajaan menjadi perhatian.

Exco kesihatan Pulau Pinang Norlela Ariffin juga menggesa kementerian untuk melihat suasana kerja doktor muda di hospital kerajaan dengan mendakwa ramai daripada mereka menjadi mangsa keadaan kerja “tidak berperikemanusiaan”.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berkata, beliau percaya doktor yang meninggal dunia itu mangsa buli dan penghinaan. – 14 Mei, 2022.

Iklan
Iklan