Iklan

KKM lapor 2,017 kes baharu Covid-19 semalam

Elill Easwaran2 years ago19th May 2022Berita
Economy daily life september 4, 2021 afif 02
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi Covid-19 semalam dengan 850 kes, diikuti Kuala Lumpur (383) dan Pulau Pinang (145). – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2022.
Iklan

MALAYSIA merekodkan 2,017 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 1,469 kes sehari sebelumnya.

Data di laman web CovidNow Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan jangkitan baharu itu menjadikan kes kumulatif kepada 4,483,295 sejak permulaan wabak.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 850 kes, diikuti Kuala Lumpur (383) dan Pulau Pinang (145).

Negeri Sembilan mencatatkan 129 kes baharu, Perak (94), Melaka (91), Kedah (64), Johor (63), Sarawak (51), Sabah (42), Putrajaya (39), Pahang (26), Terengganu (19), Kelantan (13), Labuan (5), Perlis (3).

Sebanyak tujuh kematian direkodkan semalam, tiga daripadanya membabitkan kematian di luar hospital, menjadikan jumlah kematian Covid-19 kepada 35,630.

Kadar kematian adalah 0.2% dan kadar kematian terkumpul, 0.8%. – 19 Mei, 2022. 

Iklan
Iklan