Iklan

Ramai gembira kelab malam beroperasi semula

Angie Tan2 years ago21st May 2022Berita
51048749442 bc5ec93d4e o
Pembukaan semula kelab malam memberi harapan tinggi kepada industri yang perniagaan akan kembali ke tahap sebelum pandemik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mei, 2022.
Iklan

KELAB malam hampir penuh sejak 15 Mei apabila dibenarkan beroperasi semula selepas dua tahun ditutup akibat pandemik Covid-19, kata pemain industri.

Pembukaan semula yang cuma baharu kurang seminggu memberi harapan tinggi kepada industri yang perniagaan akan kembali ke tahap sebelum pandemik, lebih cepat daripada banyak sektor lain yang masih bergelut.

Wakil Persatuan Pengusaha Pusat Hiburan Negeri Johor, Khoo Kong Ek berkata sejak 15 Mei aktiviti anggota persatuannya semakin rancak.

“Pengendali sangat gembira. Saya fikir dalam masa tiga bulan kita boleh buat kesimpulan yang lebih baik mengenai trend itu.”

Pengunjung kelab kembali melepak di tempat kegemaran mereka dan bagi Johor, perniagaan dirangsang oleh pergerakan bebas rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura, kata Khoo.

“Perniagaan kelab malam di Johor Bahru akan lebih baik berbanding negeri lain kerana masih ramai warga Singapura atau Malaysia yang bekerja di Singapura kembali ke sini.”

Khoo berkata pemain industri juga mengambil kira pengajaran yang diperoleh daripada pandemik Covid-19, dan dalam perbincangan sesama mereka tentang perkara yang perlu dilakukan untuk kelangsungan perniagaan sekiranya terdapat virus baharu.

“Salah satu pengajaran adalah untuk beralih cepat ke restoran atau perniagaan makanan dan minuman kerana ini akan membantu mengurangkan kerugian, kerana tempat kelab malam juga menyediakan makanan.

Di Johor Baru, Khoo berkata kelab malam yang lebih kecil dibuka semula sebaliknya kelab malam yang lebih besar lebih memakan masa untuk dibuka.

“(kelab) yang lebih besar mungkin menghadapi masalah pembiayaan kerana mereka mempunyai tunggakan sewa, bil penyelenggaraan dan kos lain. Tetapi saya percaya ia akan dibuka semula lambat laun.”

Cabaran buka semula

Presiden Persekutuan Hiburan Malaysia Liew Poon Siak berkata beberapa pengusaha kelab malam perlu memperbaharui lesen perniagaan mereka sebelum membuka semula pintu kepada pengunjung.

“Terdapat laporan daripada pengusaha yang sukar mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa. Terdapat proses yang tertangguh, seperti dalam permohonan untuk lesen minuman keras, dan semua ini menyukarkan pembukaan semula yang lancar.”

Liew berkata sesetengah pengendali juga tidak mempunyai pekerja yang mencukupi untuk meneruskan perniagaan kerana ramai yang diberhentikan semasa wabak itu.

“Ia mengambil masa untuk mengambil pekerja baharu. Saya tidak fikir sektor kelab malam boleh kembali seperti sebelum ini dalam tempoh yang begitu singkat.” – 21 Mei, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan