Iklan

Kelantan pantau situasi sekatan Orang Asli Gua Musang

Melati A. Jalil7 years ago18th Feb 2018Berita
Orang asli blockade gua musang facebook 17022018
Semalam, Orang Asli dari enam perkampungan membina beberapa sekatan di Chawas, Tohoi dan Kuala Wok membantah pembalakan dan perladangan yang menceroboh tanah mereka. – Gambar Facebook, 18 Februari, 2018.
Iklan

JABATAN Perhutanan Kelantan (JPNK) sedang memantau perkembangan situasi di Gua Musang apabila beberapa sekatan dibina Orang Asli untuk membantah aktiviti pembalakan.

Pengarahnya Zahari Ismail berkata agensi itu sedang berusaha mencari kaedah lain untuk menyelesaikan isu itu seperti mendekati Orang Asli untuk memahami kebimbangan mereka.

“Sekarang kita sedang memantau dan mengkaji situasi supaya kita boleh usulkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

“Dan berdasarkan pengalaman lepas, kami sedang melihat beberapa strategi berbeza untuk selesaikan isu ini,” katanya kepada The Malaysian Insight menambah yang tiada rancangan menghapuskan sekatan itu setakat ini.

Semalam, The Malaysian Insight melaporkan Orang Asli dari enam perkampungan membina beberapa sekatan di Chawas, Tohoi dan Kuala Wok.

Pengerusi Tanah Adat Pos Simpor, Mohd Syafiq Dendi berkata bantahan itu ditujukan kepada aktiviti pembalakan dan perladangan komersial yang didakwanya menceroboh tanah Orang Asli. – 18 Februari, 2018.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan