Iklan

Tak perlu cuti haid, kata majikan

Angie Tan2 years ago12th Jun 2022Berita
50136850892 b9ff4f4631 b (2)
Kumpulan majikan berpendapatan cuti haid tidak perlu diberikan kerana ia hanya akan memberi kesan kepada perniagaan dan peruntukan tenaga kerja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Jun,2022.
Iklan

TIADA keperluan memberi pekerja wanita cuti haid kerana sudah banyak cuti umum di negara ini, kata majikan.

Mereka berkata cuti itu hanya akan memberi kesan kepada perniagaan dan peruntukan tenaga kerja.

Presiden Persatuan PKS Malaysia Ding Hong Sing berkata sudah terlalu banyak cuti umum berikutan pelbagai perayaan.

“Ada cuti umum untuk semua perayaan. Selain itu pekerja sepenuh masa juga mempunyai cuti tahunan dan sakit.

Ini kerana dalam perusahaan kecil dan sederhana mungkin hanya ada seorang atau dua pekerja di setiap pekerja, katanya.

“Jika kita melaksanakan cuti haid adakah ini bermakna majikan perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk mengambil lebih ramai pekerja?

“Dalam jangka panjang ia hanya akan memberi kesan negatif kepada ekonomi, produktiviti dan kita akan ketinggalan di belakang Thailand, Vietnam dan Kemboja,” katanya.

Memandangkan wanita juga diberi cuti bersalin selama 98 hari di sektor swasta, penambahan cuti haid boleh menyebabkan majikan kurang bersedia untuk mengambil pekerja wanita, kata Ding.

Jika ada keperluan wanita boleh memilih cuti separuh hari untuk berehat, katanya sambil menambah kebanyakan majikan akan membenarkannya.

“Selagi kerja mereka siap, mereka memerlukan setengah hari untuk berehat, gaji mereka tidak akan ditolak,” katanya.

Pengerusi Wanita Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor Ng Geok Chee juga bersetuju dengan Ding bahawa sudah terlalu banyak cuti umum.

Ini bermakna kebanyakan majikan hanya bekerja kurang daripada 200 sehari setahun, katanya.

“Saya tidak fikir ada keperluan untuk cuti haid,” katanya.

Melaksanakan cadangan ini adalah layanan dan keutamaan yang berlebihan memandangkan orang lain mungkin mengalami masalah lain tetapi tidak diberi layanan sama.

Walaupun beliau tidak bersetuju dengan cuti khas berkenaan namun Ng yang merupakan seorang peguam berkata beliau mempunyai bilik khas di firmanya untuk pekerja berehat.

“Sama ada mereka mengalami senggugut atau ibu baru yang memerlukan sedikit rehat, mereka boleh pergi ke bilik khas berkenaan.

“Jika mereka masih berasa tidak sihat mereka boleh berjumpa doktor dan meinta cuti sakit.

“Kita mesti sentiasa bertimbang rasa antara satu sama lain dan ini juga memastikan hubungan kerja yang baik antara majikan dan pekerja,” katanya.

Presiden Persatuan Guru Pra Sekolah Malaysia Sally Ng berkata pekerja yang tidak sihat perlu meminta cuti sakit.

“Hampir 100% guru awal kanak-kanak adalah wanita. Jika kita benarkan cuti haid setiap bulan siapa yang akan menjaga anak-anak kerana guru mengambil cuti bergilir-gilir?

“Adakah kita perlu mengupah lebih ramai orang?,” soal Ng.

Kebanyakan kelas tadika hanya mempunyai seorang guru dan kelas yang lebih besar akan mempunyai pembantu pengajar tambahan, katanya.

“Selain itu bagaimana kita hendak tahu antara sakit haid sebenar dan mereka yang hanya mengambil kesempatan?

“Sebagai seorang wanita saya tahu bagaimana rasanya dan kesakitan akan berhenti pada satu ketika. Jika tidak saya akan berjumpa doktor,” katanya.

Walaupun beliau mengakui ada mereka yang mengalami sengugut yang sangat teruk Ng berkata mereka boleh mendapatkan sijil perubatan daripada doktor.

“Kami juga membenarkan guru mengubah suai sesi pengajaran mereka jika tidak sihat,” katanya.

Bulan lepas Kementerian Sumber Manusia menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma swasta di Malaysia melaksanakan dasar cuti haid sendiri tanpa menunggu kerajaan menggubalnya.

Bagaimanapun secara keseluruhannya kementerian mengambil maklum bahawa ia perlu membuat kajian mendalam bagi memastikan kebaikan dan keburukan menggubal undang-undang berkaitan hal ini dengan mengambil kira mekanisme yang sesuai perlu disediakan bagi melaksanakan dasar ini dengan lancar di syarikat untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan.

Beberapa negara seperti Sepanyol, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan telah memperkenalkan polisi cuti haid kebangsaan. – 12 Jun,2022.

Iklan
Iklan