Polis tiada hak halang perarakan, kata Badan Peguam Malaysia
Iklan
POLIS gagal menjalankan tugas mereka untuk memudahkan perarakan dan melakukan tindakan tidak berpelembagaan dengan menyekat hak untuk kebebasan berhimpun, kata Badan Peguam Malaysia.
Presidennya Karen Cheah berkata mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 polis tidak berhak menghalang peguam daripada berarak ke Parlimen dari Padang Merbok di Kuala Lumpur.
“Saya fikir polis telah gagal dalam tugas mereka untuk memudahkan perarakan. Kita boleh menggunakan hak Perlembagaan kita untuk berhimpun secara aman.
“Mereka (polis) sepatutnya memudahkan, bukan menghalang hak kami mengadakan protes secara aman. Kami mahu berarak ke Parlimen,” katanya di Badan Peguam Malaysia hari ini.
Cheah berkata mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis kerana melanggar kewajipan berkanun dalam memudahkan berjalan kaki.
“Kami tidak akan duduk diam dan sudah pasti membawanya (pihak berkuasa) ke mahkamah.
“Kami sedang mengumpul fakta dan Badan Peguam Malaysia tidak takut untuk mengambil tindakan jika perlu,” katanya.
Terdahulu hari ini polis menahan kira-kira 300 peguam daripada berarak ke Parlimen dari Padang Merbok bagi menyampaikan memorandum kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung mempertahankan kebebaskan mahkamah.
Police telah menyekat dua jalan menuju ke Parlimen. Turut hadir ialah pasukan Unit Tempur Ringan polis.
Semasa rundingan Cheah berkata polis hanya menyebut “keselamatan” sebagai kebimbangan mereka.
Memorandum itu kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang hadir ke Padang Merbok bagi bertemu peguam berkenaan.
Cheah berkata tindakan polis menghalang peguam daripada berarak adalah bertentangan dengan Perlembagaan.
“Kami juga mematuhi semua peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman.
“Tiada perkara seperti permit polis atau kelulusan polis. Mereka tidak boleh mengenakan syarat kepada kami, yang tidak wajar,” katanya.
Beliau berkata setiap peruntukan di bawah akta itu diikuti dan dipatuhi.
“Kami sudah memberi mereka (polis) notis pada 7 Jun. Apabila mereka memberitahu kami tidak boleh berarak, mereka mengeluarkan surat kepada kami pada 15 Jun yang dihantar kepada kami pada 16 Jun.
“Jika kami mengikut akta itu polis sepatutnya memberi maklum balas kepada kita tiga hari selepas kita menghantar notis kepada mereka tetapi mereka gagal berbuat demikian.
“Jika polis tidak memberi maklum balas kepada kami atau tidak mengenakan syarat kepada kami dalam tempoh tiga hari, di bawah seksyen 14 akta itu kami berhak meneruskan perhimpunan dan proses berjalan seolah-olah tiada syarat dikenakan,” katanya. – 17 Jun, 2022.