Iklan

Isu ladang bandar Bangsar boleh diselesaikan dengan cara baik, kata Fahmi

Noel Achariam2 years ago1st Jul 2022Berita
50153624801 6866c5e29e c
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil tidak mengetahui apa yang mencetuskan notis pengusiran kepada Kebun-kebun Bangsar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2022.
Iklan

PEJABAT Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan tidak sepatutnya mengeluarkan notis pengusiran kepada Kebun-kebun Bangsar (KKB) apabila perkara itu dapat diselesaikan dengan perbincangan antara semua pihak, kata Fahmi Fadzil.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata notis pengusiran itu juga menyebabkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yakoob berasa serba salah selepas beliau memuji KKB semasa lawatannya.

Ismail memberi pujian kepada Kebun-kebun Bangsar dan sebuah lagi ladang di Kerinchi, kedua-duanya terletak di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Notis pengusiran dibuat beberapa minggu selepas Ismail memuji ladang dan cabangnya Kebun-kebun Kerinchi atas usaha mereka pada Hari Alam Sekitar Sedunia, 5 Jun lalu.

“Saya tidak tahu apa yang mencetuskan notis pengusiran ini. Saya rasa cukup terkejut.

“Sebab perdana menteri sendiri mengakuinya. Agak memalukan mereka (pihak berkuasa) melakukan ini apabila PM memuji ladang itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada Selasa, PTG berkata ia menguatkuasakan tindakan terhadap ladang itu kerana melanggar syarat lesen pendudukan sementara (TOL) untuk tapak semaian.

Pengarah PTG Muhammad Yasir Yahya berkata terma itu termasuk pelanggaran terhadap jenis tanaman yang ditanam dan struktur kekal dibina di bawah tiang elektrik, berdasarkan maklum balas teknikal daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Sekiranya KKB gagal mematuhinya, kumpulan itu boleh dikenakan denda RM500,000 dengan hukuman penjara lima tahun. Jabatan itu juga mengancam untuk mengosongkan tanah tersebut.

Pengasas bersama Kebun-kebun Bangsar, Ng Sek San bagaimanapun menolak dakwaan PTG bahawa terdapat struktur kekal didirikan di tapak tersebut.

Beliau berkata TNB sangat teliti, mereka datang dan memeriksa tapak dengan kerap serta tiada struktur kekal.

“Kami juga tidak menerima sebarang amaran daripada PTG terdapat struktur haram di sini,” kata Ng.

Fahmi berkata jika perkara itu mengenai struktur maka nasihat boleh diberikan mana-mana pihak berkaitan seperti DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) atau TNB.

Beliau berkata selepas notis pengusiran itu beliau menulis surat kepada Menteri Wilayah Persekutuan (Shahidan Kassim) menggesa notis pengusiran itu ditarik balik dan KKB dikekalkan.

“Persoalannya siapa yang mengarahkan PTG melakukan ini sedangkan PM berkata yang baik dan memberi pujian (di ladang).

“Adakah sesuatu yang lebih menarik di sini? Notis pengusiran adalah perkara yang serius.

“Jika kenyataan Yasir hendak dipertikaikan, perkara itu benar-benar mengenai satu atau dua perkara. Adakah notis pengusiran benar-benar perlu?” – 1 Julai, 2022.

Iklan
Iklan