Iklan

KKM lapor 2,773 jangkitan baharu Covid-19

Aminah Farid2 years ago2nd Jul 2022Berita
50512085193 6acbe9be4d o
Iklan

KES baharu Covid-19 meningkat semalam kepada 2,773 berbanding 2,605 jangkitan sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes kepada 4,568,828.

Menurut laman web CovidNow, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 884 kes, diikuti Kuala Lumpur (793) dan Perak (209).

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan jangkitan ialah Negeri Sembilan (155), Pulau Pinang (138), Sabah (135), Melaka (110), Putrajaya (97), Johor (60) Pahang (60), Sarawak (47), Kedah (35) Kelantan (24), Terengganu (17), Perlis (5) dan Labuan (4).

Sementara itu, laman web GitHub KKM melaporkan enam kematian semalam.

Kematian tersebut dilaporkan di Perak (2), Pulau Pinang (2), Johor (1) dan Negeri Sembilan (1).

Sejak pandemik melanda, Malaysia telah merekodkan 35,771 kematian Covid-19.

Kadar kematian berada pada kadar 0.2 peratus dan kadar kematian terkumpul 0.8 peratus. – 2 Julai, 2022.

Iklan
Iklan