Iklan

Kem Rafizi menang besar, kawal 13 daripada 20 kerusi MPP

Pkr congress 170722 tmiseth 031
Barisan kepimpinan baharu PKR yang dipilih termasuk 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP). – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 17 Julai, 2022.
Iklan

PASUKAN anti khemah besar Timbalan Presiden PKR baharu dilantik Rafizi Ramli menang besar pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), dengan 13 daripada 20 kerusi yang dipertandingkan.

Mereka adalah daripada 26 calon yang disokong Rafizi dalam pemilihan ahli MPP semalam.

Walaupun bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik mengungguli carta undi dengan 1,091 undi, tiga calon dengan undi terbanyak seterusnya adalah mereka yang berada dalam senarai calon disokong Rafizi.

Mereka adalah Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir (956 undi) Ketua Pemuda Permatang Pauh Romli Ishak (878) dan Fahmi Zainal (817) yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Calon lain yang disokong Rafizi dan menang ialah Nurin Aina Surip, Lee Chean Chung, Syed Ibrahim Syed Noh, Gerald Hans Isaac, Simon Ooi Tze Min, Wong Chen, Raiyan Abdul Rahim, Tan Kar Hing, Zahir Hassan dan Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Salah satu kejutan terbesar adalah kemasukan Hans Issac yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan ketua cabang Ampang baru-baru ini.

Kem Rafizi turut dipercayai menguasai Pemuda PKR dan Wanita, walaupun Ketua Pemuda Adam Adli dan Ketua Wanita Fadhlina Sidek dikaitkan dengan kem Saifuddin Nasution dan Anwar. 

Selain itu, dua naib presiden PKR iaitu Chang Lih Kang dan Nik Nazmi Nik Ahmad juga dinamakan sebagai penyokong Rafizi, dan hanya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dikaitkan dengan Anwar. Manakala seorang lagi naib presiden Aminuddin Harun turut dikaitkan dengan Rafizi. 

“Khemah besar” adalah strategi yang dipromosikan sebilangan pemimpin Pakatan Harapan serta Presiden PKR Anwar Ibrahim dan penyokongnya untuk bekerjasama dengan parti bukan PH bagi memastikan Barisan Nasional tidak kembali berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim pada Kongres PKR di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 17 Julai, 2022.

Rafizi bagaimanapun menentang keras gagasan ini, berkata PKR dan barisan pembangkang memerlukan naratif baharu bagi kembali menambat hati pengundi dan rakyat yang kini sudah lelah dengan gejala lompat parti, perubahan kerajaan dan kelemahan ekonomi.

Senarai penuh ahli MPP baharu adalah seperti berikut:

Maszlee Malik (1091 undi)

Akmal Nasir (956 undi)

Romli Ishak (878 undi)

Fahmi Zainol (817 undi)

Mohd Yahya Mat Sahri (804 undi)

Nurin Aina Surip (797 undi)

Lee Chean Chung (788 undi)

Siti Aisyah Shaik Ismail (783 undi)

Syed Ibrahim Syed Noh (739 undi)

Gerald Hans Isaac (720 undi)

Simon Ooi Tze Min (703 undi)

Wong Chen (697 undi)

Raiyan Abdul Rahim (697 undi)

Tan Kar Hing (648 undi)

Zahir Hassan (642 undi)

David Cheong Kian Young (622 undi)

Hee Loy Sian (619 undi)

Amidi Abdul Manan (612 undi)

Elizabeth Wong (598 undi)

Muhammad Bakhtiar Wan Chik (594 undi) – 17 Julai, 2022.

Iklan
Iklan