Iklan

Keluar kata kesat di Dewan Rakyat, Tajuddin digantung 2 hari

Chan Kok Leong2 years ago26th Jul 2022Berita
49933371438 1f6c4773c4 o
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman tidak perlu menarik balik kata-kata kesat yang diucapkannya di Dewan Rakyat pada Rabu lalu kerana ia tidak ada dalam hansard. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2022.
Iklan

AHLI Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman tidak perlu menarik balik kata-kata kesat yang diucapkannya di Dewan Rakyat pada Rabu lalu kerana ia tidak ada di dalam hansard, kata Timbalan Yang Dipertua Rashid Hasnon hari ini.

“Ketika Pasir Salak ungkapkan mengenai wanita DAP, saya beri amaran. Saya sudah rujuk hansard dan dapati saya minta beliau keluar daripada Dewan Rakyat ketika itu,” katanya ketika memberikan keputusannya berkenaan hukuman terhadap Tajuddin.

“Mengenai kata kesat dan lucah, saya sudah cari dalam hansard memang tiada. Saya juga sudah membuat rujukan dengan penasihat undang-undang.

“Apabila saya perintahkan Pasir Salak keluar dan tidak sebut berapa hari, kita rujuk pada Peraturan Mesyuarat 44(2).

“Maka keputusan ialah automatik Pasir Salak dapat (penggantungan) dua hari, termasuk hari kejadian,” katanya.

Keputusannya itu mencetuskan kemarahan ahli Parlimen pembangkang yang menyelar Rashid kerana tidak memberikan hukuman lebih tegas terhadap Tajuddin.

Rashid memaklumkan keputusan itu hari ini susulan Kasthuriraani Patto (Batu Kawan-PH) yang meminta timbalan speaker membuat keputusan berkenaan kata-kata kesan Tajuddin pada 20 Julai. – 26 Julai, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan