Iklan

Perlu setahun untuk batal sekatan AS terhadap syarikat Malaysia

Noel Achariam2 years ago28th Jul 2022Berita
Awang hashim 101218
Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata sehingga kini dua syarikat sudah dikeluarkan daripada WRO. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2022.
Iklan

IA akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun bagi syarikat Malaysia untuk mendapatkan keputusan mengenai pembatalan Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) yang dikenakan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat, kata Awang Hashim hari ini.

Timbalan menteri sumber manusia berkata sehingga kini dua syarikat sudah dikeluarkan daripada WRO.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama syarikat yang tersenarai di bawah WRO.

“Kami akan menggunakan kaedah yang dilaksanakan oleh kedua-dua syarikat itu untuk dikeluarkan daripada WRO (bagi syarikat lain).

“Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk menyiasat apa yang belum dipenuhi. Kami mendapat kerjasama yang baik daripada syarikat untuk kami mengambil tindakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Hashim (Pendang- PAS) menjawab soalan R. Sivarasa (Sungai Buloh-PKR) yang meminta didedahkan nama dan bidang perniagaan syarikat Malaysia yang dikenakan WRO oleh CBP dari 2019 hingga sekarang.

Beliau turut meminta tindakan kerajaan bagi memastikan perintah yang dikenakan ke atas Sime Darby Berhad bertarikh 28 Januari 2022 akan ditarik balik oleh CBP. – 28 Julai, 2022.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan