Iklan

Guan Eng pertahankan kesetiaan ahli Parlimen DAP

Noel Achariam2 years ago28th Jul 2022Berita
49932920792 06d6fd0e36 o
Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata 42 ahli Parlimen parti itu masih kekal setia pada parti sejak PRU lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2022.
Iklan

SEMUA 42 ahli Parlimen DAP masih kekal setia kepada parti selepas menerima mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata pengerusinya Lim Guan Eng.

Lim berkata tiada ahli Parlimen DAP keluar parti, malah terus setia bersama parti itu, menambah ahli Parlimen lain yang melompat parti perlu berdepan dengan hukuman.

“Tidak ada seorang pun daripada 42 ahli Parlimen DAP menjual prinsip mereka dan masih teguh memegang mandat diberikan rakyat.

“Rang undang-undang (RUU) anti lompat parti ini adalah langkah besar untuk memastikan pilihan pengundi dihormati dan kepercayaan rakyat terhadap ahli Parlimen tidak boleh dikhianati sewenang-wenangnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan RUU itu. – 28 Julai, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan