Iklan

Mukhriz kunci mulut khabar angin Wan Saiful sertai Bersatu

Melati A. Jalil7 years ago23rd Feb 2018Berita
Mukhriz mahathir tmikamal 02
Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak menafikan atau mengesahkan khabar angin penyertaan Wan Saiful Wan Jan daripada badan pemikir Ideas ke dalam parti itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Februari, 2018.
Iklan

TIMBALAN Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir hari ini enggan menafikan atau mengesahkan khabar angin yang menyatakan bekas pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan bakal menyertai parti itu.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata beberapa personaliti terkemuka dalam negara ada menyatakan minat untuk menyertai parti itu yang diketuai oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Saya rasa kita kena tunggu dan lihat. Saya tidak menafikan atau mengesahkan.

“Dari masa ke masa, saya fikir anda boleh menjangkakan kami akan membuat pengumuman tertentu yang akan menggegarkan arena politik dalam negara,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.

Semalam, The Malaysian Insight melaporkan Wan Saiful yang memulakan Ideas pada 2009 akan meletakkan jawatannya di badan pemikir itu berkuat kuasa 28 Februari ini.

Sumber berkata ahli seumur hidup PAS sejak 1992 itu dijangka menyertai Bersatu.

“Saya tidak ada butiran lanjut tetapi kami akan sangat gembira jika beliau menyertai kami,” kata Mukhriz hari ini.

November lalu, Wan Saiful berkata beliau menunggu untuk disingkirkan daripada PAS susulan beberapa kritikannya terhadap parti Islam itu, sejak akhir-akhir ini. – 23 Februari, 2018.

Baca berita penuh di sini.

Iklan
Iklan