Bersatu desak SPRM beri maklumat siasatan isu rasuah
Iklan
BERSATU memberikan kata dua kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan butiran siasatannya berhubung dakwaan cubaan rasuah yang dilaporkan oleh ahli parti itu.
“Jika mereka gagal memberikan maklumat itu dan memberitahu sama ada siasatan dijalankan atau tidak, maka pengadu dan juga Bersatu akan ada hak untuk memfailkan tindakan sivil atas misfeasans (kesilapan) dalam pejabat kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.
Haniff merujuk kepada Ketua Srikandi Bersatu Baridah Che Nayan yang membuat laporan kepada SPRM pada 4 Februari lalu susulan cubaan merasuahnya bagi menghadiri satu sidang media untuk menyerang kepimpinan Bersatu.
Hanif mendakwa SPRM sudah pun menahan suspek, yang juga bekas ketua Srikandi Bersatu, keesokan harinya tetapi tidak ada apa yang berlaku selepas itu.
“Suspek itu salah seorang daripada mereka yang datang dalam protes semalam bersama bekas ahli Bersatu lain.
“Bagaimana suspek yang ditahan pada 5 Februari tetapi dapat sertai protes itu,” katanya, merujuk kepada protes yang diadakan oleh ahli dan bekas ahli Bersatu di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam.
Menurut laporan media, protes itu diadakan untuk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap parti itu, kerana melanggar perlembagaan parti. – 23 Februari, 2018.
Baca berita penuh di sini.