Iklan

Pengorbanan, dedikasi kami tiada makna sekarang, kata veteran

Alfian Z.M. Tahir2 years ago6th Aug 2022Berita
Veteren august 05, 2022 tmi afif 01 (1)
Micheal Riman menyifatkan bayaran pencen diterima veteran tidak masuk akal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 6 Ogos, 2022.
Iklan

PENGORBANAN yang dibuat untuk negara dengan tinggalkan keluarga dan kehidupan dilupakan oleh orang lain kata veteran perang.

Nampaknya hari ini kepahitan dan pengalaman ngeri yang dihadapi ketika menentang komunis tidak lagi penting.

Mejar Bersara Micheal Riman berkata perkhidmatannya dalam tentera kini hanya tinggal kenangan yang perlu dihadapinya.

Renjer tentera kelahiran Sarawak itu berkata beliau masih membawa parut besar pada tangan kanannya yang menjadi bukti bahawa beliau sanggup menanggung apa pun demi negaranya.

“Dalam pertempuran dengan komunis tahun 70-an, saya cedera teruk ditembak di lengan. Impak tembakan itu sangat teruk sampai saya perlu dibedah,” ceritanya kepada The Malaysian Insight.

Micheal juga dari Regimen Ranjer ke-8, platun yang sama dengan mendiang Kanang anak Langkau, pejuang Iban menentang komunis ketika itu.

Sedih dengan layanan diterimanya serta rakan-rakannya, Micheal berkata beliau tidak mahu meminta lebih selain dihargai.

“Pengorbanan kami tak ada makna pada mereka macam kami ini sekumpulan orang tua yang asyik kenang masa lalu

“Pihak berkuasa berkaitan sekurang-kurangnya boleh tunjukkan rasa terima kasih kepada kami,” katanya.

Menurut Micheal ramai rakan-rakannya dalam tentera yang tidak mampu menampung kenaikan kos sara hidup susulan pencen yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan mereka.

“Apa yang saya nak ketengahkah ialah sistem pencen kita perlu disemak. Apa yang veteran terima tak cukup. Bagi mereka yang bersara sebelum 2013 pencen diterima sangat rendah.

“Tapi bagi mereka yang bersara selepas itu mereka terima pencen yang lebih tinggi daripada kami walau ada antara kami yang lebih tinggi pangkatnya.

“Contohnya, mejar yang bersara sebelum 2013 menerima pencen yang sama dengan korporal yang bersara selepas 2013. Pada saya ini tak masuk akal,” katanya yang berusia 70 tahun. – 6 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan