Rakyat sudah tak takut, kata Fahmi Reza
Iklan
SAMBUTAN menggalakkan untuk kempen jana dana bagi membayar denda mahkamah kerana melukis dan memuat naik karikatur Perdana Menteri Najib Razak menggambarkan peningkatan penentangan rakyat, kata pereka grafik Fahmi Reza.
Aktivis itu yang disabitkan bersalah dan didenda RM30,000 berkata rakyat kini bangkit mempertahankan kebebasan bersuara dan tidak lagi takut untuk mengamalkan hak demokratik asas mereka.
“Lebih 300 orang sudah membeli barangan badut dalam masa kurang 24 jam dan saya rasa ia menunjukkan rakyat tidak mahu lagi didiamkan, ditapis dan tidak akan tunduk kepada ugutan negara (pemerintah).
“Kempen jana dana bukanlah dipandu oleh kutip derma. Respond kami adalah untuk menafikan dan mencabar tapisan kerajaan terhadap penentangan kepada kerajaan dan kami memilih untuk melakukannya dengan menggunakan dan menghebahkan imej yang dilarang,” kata kepada The Malaysian Insight.
Semalam, Fahmi berjaya mengumpul lebih daripada RM30,000 -lebih banyak yang diperlukan untuk membayar denda- dalam masa kurang sehari.
Fahmi didakwa pada Jun 2016 di Mahkamah Sesyen Ipoh di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) yang membawa denda maksimum RM50,000, atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Dia dituduh menghantar “komunikas salah” menerusi Facebook pada Februari 2016 dengan memuatnaik karikatur badut perdana menteri.
Selasa lalu, dia dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM30,000.
Fahmi berdepan dakwaan sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ketika laporan disiarkan, jumlah terkumpul dana adalah RM33,766 menerusi lama Pozible.com.
Fahmi juga mengatakan sejumlah RM13,819 dimasukkan ke dalam akaun banknya. Selain derma, wang juga dikumpul menerusi jualan t-shirt, lencana pin, stiker dan buku latihan dengan gambar karikatur badut Najib yang direkanya sehingga menyebabkan dia didakwa.
“Kerana kempen ini adalah tindakan penentangan kolektif, semua orang boleh memantau progresnya. Menggunakan platform jana dana membenarkan kami berbuat demikian dan juga membolehkan kempen ini telus,” katanya menambah semua kutipan akan disalurkan kepada akan bank “Penghasut” bagi menampaung kos perbelanjaan mahkamah dan denda.
“Tetapi sekiranya sabitan bersalah di Ipoh dibatalkan, dana itu akan disimpan untuk kes di Kuala Lumpur yang masih berjalan di mana saya berdepan dakwaan jenayah yang sama kerana sebuah lagi karikatur Najib yang saya muat naik di Instagram,” katanya.
Jika dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua dakwaan, dana itu akan digunakan untuk menyokong individu lain yang didakwa di bawah undang-undang sama kerana satiran atau penentangan politik yang tidak mampu membayar ikat jamin atau denda, katanya.
“Penyata kewangan akan terbuka kepada orang awam.
“Walaupun kami memerlukan jana dana untuk bayar denda, kami juga mahu dana itu digunakan untuk membentuk dan menyebarkan lebih banyak (karikatur) badut.” – 24 Februari, 2018.